Perlis Laksana Kajian Caj Ke Thailand Melalui ICQS Padang Besar, Wang Kelian 

LocalTravel
24 Sep 2025 • 7:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perlis Laksana Kajian Caj Ke Thailand Melalui ICQS Padang Besar, Wang Kelian

KANGAR, 24 Sept (Bernama) — Kerajaan Perlis sedang melaksanakan kajian terperinci mengenai cadangan mengenakan caj negeri antara RM2 atau RM5 kepada pelancong yang keluar melalui pintu sempadan negara daripada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian ke Thailand.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata kajian itu diperlukan sebelum sebarang permohonan rasmi dibuat kepada Pusat.

Beliau berkata sekiranya diluluskan kerajaan Persekutuan, langkah itu akan menjana pendapatan kepada kerajaan negeri yang antara lain boleh digunakan untuk menambah baik prasarana di Perlis.

“Ini masih dalam kajian, mudah-mudahan ada kelulusan (daripada kerajaan Persekutuan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA