Perlombongan haram: N.Sembilan tidak tolak kemungkinan penglibatan pihak luar

LocalPolitics
31 May 2023 • 8:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan pihak luar dalam aktiviti perlombongan haram nadir bumi yang dikesan baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia berdasarkan pemerhatian terhadap kepakaran yang digunakan dalam aktiviti perlombongan haram tersebut yang dikesan di Seri Menanti, Kuala Pilah dan Titi di Jelebu.

“Kita yakin bukan rakyat tempatan sahaja terlibat tetapi melibatkan orang luar (warga asing) perkara ini sedang disiasat. Mungkin orang luar kerana ada kepakaran tertentu digunakan...mungkin tidak tepat, tetapi jika betul, ia harus diberikan perhatian serius,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin berkata siasatan sedang dilakukan dan berharap pelaku aktiviti tersebut dapat diambil tindakan undang-undang dengan kadar segera.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Negeri Sembilan mendedahkan dua perlombongan haram nadir bumi dikesan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah dan di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu dua minggu lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved