
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Bahagian Api-Api Parti Bersatu Sabah (PBS) Yee Tsai Yiew menggesa pihak berkuasa berkaitan memperkukuh penguatkuasaan dan menggunakan dasar toleransi sifar ke atas kenderaan barangan berat berikutan dua kemalangan berasingan membabitkan lori treler yang membawa muatan berat di sini dalam tempoh kurang dua minggu.
Sambil menggesa pemandu kenderaan barangan berat berhati-hati ketika membawa muatan berat, beliau berkata masyarakat umum prihatin terhadap isu keselamatan jalan raya berikutan dua kemalangan baru-baru ini.
“Kemalangan itu walaupun tidak melibatkan kemalangan jiwa, bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyulitkan orang ramai tetapi juga merosakkan infrastruktur.

