
Tuaran: Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star) menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar di dua sekolah dekat sini, yang terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.
Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, tinjauan terhadap jalan utama di hadapan pintu pagar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli menunjukkan ia jelas mengundang risiko keselamatan kepada pelajar sekolah berkenaan.
“Saya melihat pintu pagar kedua-dua sekolah itu sebenarnya terletak di bahu jalan utama, di mana terdapat banyak kenderaan melalui jalan tersebut yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pelajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Justeru, beliau menyarankan pihak berkenaan membina jejantas atau penghadang laju (seperti bonggol) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar, termasuk ibu bapa dan pejalan kaki lain di kawasan itu.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Kong turut menyarankan agar pemandu sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan di hadapan dua sekolah berkenaan dan tidak memandu laju demi keselamatan semua pihak.
“Tanda jalan memperlahankan kenderaan telah dipamerkan sebelum melalui kawasan sekolah, jadi ia perlu dipatuhi,” katanya.
Sementara itu, beliau turut berharap kawalan polis trafik dilakukan, terutamanya apabila pelajar pulang dari sekolah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

