
SANDAKAN: Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata sejarah kemasukan Umno ke Sabah perlu diterangkan kembali kepada rakyat Sabah bagi menolak salah faham tentang parti itu.
“Kita kena terangkan kembali kepada rakyat Sabah dan Bumiputera Islam bahawa Umno wujud di Sabah bagi memperjuangkan kepentingan dan perpaduan Bumiputera Islam, tanpa menidakkan hak Bumiputera Bukan Islam.
“Sejarah kemasukan ini perlu disorotkan kembali kerana banyak sangat salah sangka tentang Umno sabah yang dikatakan parti pendatang.
