Perlu Ke Beri Ubat Baru Jika Anak Muntah? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Health & FitnessFamily & Parenting
22 Jun 2026 • 5:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Perlu Ke Beri Ubat Baru Jika Anak Muntah? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak kiralah golongan dewasa mahupun kanak-kanak, ada segelintir individu yang ‘alergik’ atau tidak menyukai ubat.

Manakan tidak, ada ubat yang rasanya pahit sehingga menyukarkan seseorang untuk menelannya. Bagi kebanyakan kanak-kanak pula, ada yang memuntahkan kembali ubat yang dimakan.

Perkara sebegini sememangnya amat memeningkan hingga kadangkala ada ibu bapa yang keliru adakah perlu memberi semula ubat kepada si cilik mengikut dos yang sama.

Boleh Bagi Ubat Ikut Dos Pada Waktu Sama Jika Anak Muntah Dalam Masa Singkat

Menurut seorang doktor perubatan, Dr Atiqah Balqish Hamdan, terdapat pelbagai pandangan mengenai pemberian semula ubat khususnya selepas si manja muntah.

Perkara itu dijelaskan olehnya dalam satu video temubual yang dikongsikan di Facebook Pa&Ma.

Jelas Dr Atiqah, ibu bapa dibolehkan untuk memberi ubat dengan dos yang sama jika anak muntah sebaik sahaja ubat diberikan.

“Katakanlah kita dah bagi ubat dekat anak dan immediately dia muntah terus, memang kita nampak dia (ubat) keluar, budak tu pandaikan, dia tutup mulut, dia muntah.

“Kalau keadaan macam tu, kita boleh redose balik, maksudnya kita bagi balik dos yang sama on the spot,” katanya.

Beri Semula Ubat Pada Waktu Seterusnya Jika Anak Muntah Selepas 30 Minit

Namun jelas Dr Atiqah, sekiranya anak muntah selepas tempoh 30 minit atau satu jam, adalah lebih selamat jika ibu bapa memberi semula ubat pada waktu makan ubat yang seterusnya.

“Tapi kalau anak muntah selepas 30 minit atau satu jam selepas, safe to say, just wait for another dose. Tak perlu nak redose atau bagi dos yang sama. Sebab kita tak tahu berapa banyak yang masuk dan keluar,” katanya.

Jelas Dr Atiqah lagi, adalah penting bagi ibu bapa untuk mengikut dos yang ditetapkan oleh pengamal perubatan.

Ini kerana jika ubat diberikan melebihi dos yang sepatutnya berisiko menyebabkan masalah hati.

“Betapa pentingnya kita ikut dos. Overdose sikit pun boleh sebabkan liver injury. Kita kena berhati-hati dengan part tu,” jelasnya.

Bagi Ubat Sikit Demi Sikit Antara Tips Elak Risiko Anak Muntah

Menerusi video yang sama, Dr Atiqah turut berkongsikan tips buat ibu bapa untuk mengelakkan risiko anak muntah apabila diberikan ubat.

Terangnya, antara cara yang boleh dibuat adalah dengan memberikan sedikit demi sedikit ke dalam mulut si manja.

“Bagi sedikit demi sedikit, sebagai contoh, kita kena bagi 3 milimeter (ml). Jangan terus bagi 3 ml. Pegang-pegang dia terus bagi, jangan. Mungkin bagi 1ml kejap, bagi dia rileks kejap.

“Lepas 1 minit macam tu, bagi balik 1ml. Indirectly, dia boleh bantu kurangkan risiko muntah,” jelasnya.

Malah jelas Dr Atiqah, ibu bapa juga tidak digalakkan untuk memberi pelbagai jenis ubat dalam satu masa.

“Jangan bagi semua ubat serentak. Tiga jenis ubat, tiga-tigalah nak bagi serentak, kalau dia muntah, dia muntah semua,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Suplemen Tak Buat Anak Jadi Pandai, Tapi Pemakanan Seimbang & Tidur Yang Cukup – Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved