“Perlu Ke Pegang” – Panggil Nyanyi Atas ‘Stage’, Peminat Kritik Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura

Music
17 Aug 2022 • 5:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Konsert Dewa yang berlangsung di Kuala Lumpur bukan sahaja membuatkan peminatnya gembira tetapi juga selebriti yang turut suka pada band dari Indonesia ini.

image is not available 4 minggu lalu

"Jangan Bising Kalau Tak Ada Duit & Harga Barang Naik Lepas Ni" - Prof Datuk Teo Selar Peminat Pergi Konsert Dewa 19

Video pendek menunjukkan band tersebut menyanyikan lagu popular mereka, Sedang Ingin Bercinta bersama Fazura meraih perhatian warganet.

Menerusi rakaman dimuat naik oleh pengurus Fazura, Iman Tang di Instagram, isteri kepada Fattah Amin itu telah dijemput ke atas pentas untuk menyanyikan bahagian wanita di dalam lagu tersebut.

Ramai rakan selebriti dan pengikutnya memberikan reaksi mereka di ruangan komen namun sesetengah peminat dilihat berasa kurang senang dengan tindakan Ahmad Dhani.

Berdasarkan video itu, Ahmad Dhani dilihat memegang belakang Fazura dan menyuruhnya untuk mara ke tengah pentas ketika menyanyi.

image is not available

Apa yang dilakukannya itu dikatakan kurang manis apatah lagi masing-masing berstatus isteri dan suami orang.

Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat ia adalah tindakan spontan daripada Ahmad Dhani, bukanlah kerana mempunyai niat yang lain.

image is not available