“Perlu Ke” – Peminat Kesal HYBE Pilih Untuk Tayang Dokumentari Jungkook BTS Di Isra**

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 2:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera, Jung-kook BTS nampaknya telah menyediakan pelbagai kandungan untuk peminat.

Baru-baru ini, Jungkook telah mengumumkan pelancaran dokumentari solo <JUNG KOOK: I AM STILL> di pawagam seluruh dunia, bermula pada 18 September ini.

Namun, peminat nampaknya kesal selepas mengetahui bahawa dokumentari itu akan turut ditayangkan di Israel.

Hal ini kerana, sehingga hari ini, negara Palestin masih diserang oleh Israel sejak dari Oktober 2023 lagi dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Dengan ini, peminat telah menggesa HYBE untuk membatalkan tayangan dokumentari itu di Israel dan dengan aktif menulis hantaran menggunakan hashtag #HYBEDivestFromZionism.

Haih la..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.