
KENINGAU: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru semua sektor, termasuk pemain industri pelancongan untuk berganding bahu untuk menambah baik sektor pelancongan di negeri ini serta mengutamakan kebersihan.
Katanya, pelancong asing lebih berminat dengan Sabah yang mempunyai banyak tempat menarik seperti pulau, aktiviti menyelam dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan.
“Namun, banyak pulau memang cantik tetapi kurang memuaskan dari segi kebersihan di samping infrastruktur yang perlu dinaik taraf.
“Saya mohon semua sektor bekerjasama termasuk pemain industri pelancongan,” katanya pada program Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersama Masyarakat di Kompleks Sukan di sini pada Ahad.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Program yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu dihadiri lebih 5,000 orang, termasuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, dan Pegawai Daerah Neldin Gimbang.
Tiong turut meminta pengusaha restoran agar tidak menaikkan harga makanan kepada pelancong, sebaliknya meminta kerjasama mereka untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong.
Tindakan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan menyebabkan pelancong datang hanya sekali dan kemudian tidak datang lagi, katanya.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Sabah untuk menaik taraf industri pelancongan dan meminta pegawai Motac berbincang dengan Ketua Menteri mengenai mana-mana tempat yang perlu dinaik taraf supaya pelancong yakin untuk datang ke Sabah.
Berhubung program hari itu, beliau berkata ia merupakan kali pertama Motac menganjurkan program di Keningau yang bukan sahaja untuk kesenian, kebudayaan dan pelancongan, malah usaha Motac dan kerajaan negeri untuk bekerjasama terutama bantuan daripada pihak Pejabat Daerah Keningau untuk memperkasakan lagi industri pelancongan dan seni bagi pelancong domestik dan antarabangsa.
Sementara itu, dalam ucapannya, Jeffrey menyifatkan Keningau sebagai kawasan yang luas merangkumi dua daerah iaitu Keningau termasuk Daerah Kecil Sook dan Tambunan.
Katanya, daerah ini khususnya pedalaman mempunyai banyak produk pelancongan yang maju dan belum maju termasuk budaya dan makanan tradisional, tarian, tempat menarik, kampung dan sebagainya.
Antara produk pelancongan yang belum diterokai adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia, Gunung Trusmadi yang boleh menjadi alternatif kepada Gunung Kinabalu selain Gunung Sinsing dan Gunung Alab, masing-masing gunung ketiga dan keempat tertinggi.
Trusmadi, Sinsing dan Alab terletak di Pedalaman.
“Selain itu, kita juga mempunyai hutan tebal yang mampu menarik minat pelancong yang berminat untuk melihat alam sekitar sebagai taman permainan untuk mereka melihat alam semula jadi di dalam hutan, sungai dan sebagainya,” katanya.
Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, Pagalungan di kawasan Pensiangan mempunyai pelbagai tarikan untuk berakit air putih selain Batu Punggul terletak di Sapulut Nabawan dan Keningau sendiri mempunyai Gua Laing.
Katanya, semua ini masih belum dibangunkan dan ingin menarik perhatian Motac untuk membantu membangunkan produk tersebut agar dapat menyerlahkan budaya yang begitu indah di pedalaman termasuk Tenom.
“Seperkara lagi yang boleh kita bangunkan ialah Batu Sumpah, satu-satunya batu bersejarah dan budaya yang berteraskan budaya adat tradisional yang boleh kita kembangkan menjadi monumen besar dan boleh menjadi produk tarikan menarik pelancong ke pedalaman ini,” katanya.
Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau mewakili masyarakat daerah ini mengalu-alukan program yang turut memperkenalkan beberapa tarian dan budaya daripada pelbagai etnik di pedalaman untuk perhatian Motac.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
