
Kota Kinabalu: Lautan berdepan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk perubahan iklim, pencemaran, penangkapan ikan berlebihan dan kemerosotan habitat.
Ancaman ini membahayakan keseimbangan ekosistem marin dan kesejahteraan pelbagai spesies, termasuk spesies kita sendiri, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.
Beliau berkata lautan penting untuk kesihatan planet ini; ia menjana oksigen, menyerap karbon dioksida, mengawal iklim dan corak cuaca, serta menyediakan habitat untuk spesies yang tidak terkira banyaknya.
