Perlu Lunas Hutang Lebih RM1 Juta Sebelum Dilelong, Ini Senarai 727 Barangan Milik Vida Yang Disita

LocalBusiness & Finance
28 Nov 2024 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kami melaporkan barangan milik usahawan Dato Seri Vida termasuklah empat kenderaan mewahnya telah disita selepas gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 kepada wakil kontraktor Ah Design Communication.

Terbaru, kira-kira 727 barangan dilaporkan telah ditandakan sewaktu proses penyitaan di kediamannya di Ipoh, Perak bagi tujuan lelongan yang dijadualkan pada 9 Disember ini.

image is not available

Difahamkan, hampir keseluruhan rumah Vida telah diperiksa untuk kenal pasti barang apa yang mempunyai nilai terbabit untuk dilelong, termasuklah di ruang tamu, ruang makan, biik tidur, bilik pakaian dan surau.

Selain empat kenderaan itu, antara barang lain yang disita adalah penapis air Coway, meja soleknya, peti ais dan karaoke set.

Kerusi gaming, meja kopi, beberapa jenis gitar, kamera DSLR dan langsir turut disita. Malah karpet, teleskop, bantal dan punching bag juga turut ditanda untuk proses lelong.

Kesemua barang yang telah ditanda tidak dibenarkan untuk dibawa keluar dari kediamannya dan berikut adalah senarai barangan yang disita dari banglo tersebut.

Usahawan itu diberikan tempoh sebelum 9 Disember untuk menjelaskan hutang terbabit dan sekiranya gagal semua barangan miliknya yang disita akan dilelong pada tarikh tersebut.

image is not available 1 day ago

"Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap" - Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih RM1 Juta, Minta Semua Pihak Bertenang