
SANDAKAN: Jabatan Air Sandakan digesa mengambil pendekatan lebih berkesan untuk menangani isu paip pecah berulang, susulan kejadian terbaru di sepanjang Jalan Cecily, di mana dua paip pecah akhirnya dibaiki pada Jumaat.
Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata Jabatan Air Sandakan sepatutnya lebih proaktif menangani masalah itu bagi mengelak kejadian sama terus berulang.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dua paip pecah di Jalan Cecily yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk setempat akhirnya dibaiki pada Jumaat), selepas kejadian sama berulang kali berlaku dalam tempoh sebulan lalu.
“Kejadian paip pecah di kawasan ini bukan kali pertama berlaku. Dalam tempoh sebulan ini sahaja, penduduk telah beberapa kali mengalami gangguan bekalan air.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ini kali keempat kejadian paip pecah di kawasan ini yang menyebabkan gangguan bekalan air bagi komuniti. “Saya memahami kesulitan yang dihadapi, dan itulah sebabnya kami berusaha memastikan isu ini ditangani secepat mungkin,” katanya.
“Kita tidak mahu isu paip pecah terus berulang kerana ia menjejaskan kehidupan harian penduduk.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian jangka panjang,” ujarnya.
George bersama Kapitan Tommy Yap dan Kapitan John Voon turun padang ke Jalan Cecily untuk meninjau kerja-kerja pembaikan serta mendapatkan maklumat mengenai situasi tersebut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau merakamkan penghargaan kepada penduduk atas kesabaran mereka sepanjang tempoh gangguan tersebut, serta usaha berterusan Tommy dan John dalam memastikan isu ini diberi perhatian pihak berkuasa.
“Usaha bersama inilah yang membolehkan masalah ini diselesaikan dengan segera,” katanya.

