Perlu penyelesaian jangka masa panjang atasi isu banjir Pangkor

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perlu penyelesaian jangka masa panjang atasi isu banjir Pangkor

LUMUT – Keberkesanan sistem perparitan di Pangkor perlu diberi perhatian pihak berwajib bagi memastikan masalah banjir di pulau peranginan tersebut dapat diatasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Norhaslinda Zakaria berkata, bukan itu sahaja, pihak berkaitan juga perlu melihat aspek penyelenggaraan longkang serta tindakan susulan bagi mengatasi masalah banjir yang berulang itu.

“Banjir teruk yang kembali melanda Pulau Pangkor pagi ini amat membimbangkan. Lebih menyedihkan, masalah yang sama terus berulang dan penduduk terpaksa berhadapan dengan kesukaran setiap kali hujan lebat.

“Untuk makluman, isu banjir di Pulau Pangkor ini telah saya bangkitkan sejak tahun lalu dalam Persidangan DUN Perak,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem pam di Pulau Pangkor juga menimbulkan persoalan yang perlu diperjelaskan.

“Adakah sistem tersebut berfungsi secara optimum? Jika masih berlaku banjir, apakah punca sebenar dan apakah langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

“Saya memohon agar agensi kerajaan yang berkaitan turun padang, menilai keadaan sebenar dan mengambil tindakan yang menyeluruh,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan, hujan lebat selama dua jam awal pagi tadi yang berakhir sekitar pukul 9 pagi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Kawasan terlibat ialah Kg. Sungai Pinang Besar, Kg. Masjid, Kg Teluk Kecil, Kg. Hussin, Teluk Gedung, Kg. Tengah, Rumah Murah, Taman Pangkor Mutiara dan Taman Sri Pangkor.

Banjir berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir ekoran kampung halamannya iaitu Kg. Masjid turut dinaiki air. – KOSMO! ONLINE

The post Perlu penyelesaian jangka masa panjang atasi isu banjir Pangkor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved