
Kota Kinabalu: Sistem lebih kukuh untuk menilai isu pengangguran di Sabah perlu disediakan bagi menentukan punca dan cara menanganinya dengan lebih baik, kata Presiden Persatuan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Sabah dan Labuan, Nelson Mosinoh (gambar).
Ia perlu ditangani sekarang kerana masalah ini adalah seperti bom jangka, tambahnya.
“Isu pekerjaan di Sabah adalah perkara sosial dan ekonomi serius yang mengakibatkan kesan besar terhadap segala-galanya tetapi sering diabaikan.
