Perluas tuisyen percuma ke sekolah rendah, bantu murid kuasai 3M

15 Nov 2024 • 3:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 NOV: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang menunjukkan kejayaan akan diperluaskan kepada murid sekolah rendah dengan peruntukan RM1 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata program itu akan membantu murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) menerusi Program Literasi & Numerasi.

“Program ini kelak akan selari dengan program Intervensi Kurikulum di bawah Agenda Reformasi Pendidikan yang telah diluncurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang belanjawan negeri hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL