Perlukan Banyak Duit Untuk Misi Mencari Hawari Pendaki Negara, Kerajaan Peruntuk RM1.48 Juta

24 May 2023 • 10:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebentar tadi Ohmedia ada kongsikan perkembangan terkini misi mencari pendaki negara, Muhammad Hawari Hashim di mana masa semakin singkat kerana Gunung Everest akan ditutup pada 29 Mei ini.

Dalam perkongsian sebelum ini juga, kami ada kongsikan jangkaan kos yang diperlukan dalam misi mencari ini dan mereka memerlukan dana yang cukup untuk itu.

image is not available

Terkini, Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan memperuntukkan RM1.48 juta bagi menampung kos yang diperlukan.

Dana itu adalah daripada kerajaan kerana SAR dikendalikan oleh kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar.

Ini adalah anggaran kos SAR dan kita perlu bertindak cepat memandangkan ada tempoh sehingga 28 Mei untuk operasi. – Kata Ketua Setiausaha kementerian Dr K. Nagulendran.

Dana itu akan digunakan untuk membayar 6 sherpa (pengiring jalan) dan helikopter yang telahpun digunakan ketika ini untuk misi mencari dari atas udara.

Sama-sama kita doakan agar Hawari dijumpai dalam keadaan selamat dan dapat pulang ke tanah air dengan segera.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.