Perlukan Pengendali Tempatan, Kontrak Cheng Hoe Bersama Kelab Thailand Berakhir

Football
7 Jun 2024 • 10:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kelab bola sepak Thailand, Police Tero FC tidak menyambung kontrak pengurus dari Malaysia iaitu Tan Cheng Hoe memandangkan mereka memerlukan pengemudi tempatan.

Memetik laporan Sinar Harian, Cheng Hoe yang hanya bertahan separuh musim dengan kelab berpangkalan di Bangkok itu berjaya memimpin 11 perlawanan Thai League 1 dengan pasukan berkenaan.

image is not available

Foto: IG Police Tero FC

Namun begitu, sepanjang perkhidmatannya, pasukan Police Tero dilaporkan hanya berjaya memenangi dua perlawanan, tiga seri dan enam kekalahan yang menyebabkan penyingkiran kelab tersebut daripada saingan liga utama.

Meskipun hala tuju Cheng Hoe selepas ini tidak dapat dipastikan, namun beliau berkemungkinan akan kembali mengemudikan kelab-kelab dalam Liga Malaysia atau terus merantau di luar negara.

image is not available

Foto: FB Police Tero FC

Dalam pada itu, terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa bekas pengendali kelab Selangor FC ini akan ilantik sebagai pengarah teknikal Johor Darul Ta’zim (JDT) namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, pengurus bola sepak yang berusia 36 tahun ini pernah mengejutkan orang ramai apabila beliau meninggalkan Selangor FC pada Februari lalu beberapa bulan sebelum Liga Super bermula.