Perlumbaan Terganggu, Biawak Besar Dirakam Ceroboh Litar Formula 1

16 Sep 2023 • 10:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Perlumbaan Terganggu, Biawak Besar Dirakam Ceroboh Litar Formula 1

Seekor biawak besar berjaya dirakam memasuki dan menggangu sesi latihan perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Singapura, lapor Daily Mail.

Menerusi perkongsian video, pemandu Red Bull, Max Verstappen terpaksa melencong untuk mengelak biawak itu yang sedang berada di atas trek tersebut.

Kemunculan biawak itu telah mengganggu sesi latihan selepas ia muncul di trek dalam tiga kejadian berasingan.

image is not available
Kredit TikTok

Sebelum ini, Max Verstappen pernah mengalami pengalaman yang sama selepas bertembung dengan reptilia serupa pada tahun 2016.

Pemandu berusia 25 tahun itu baru sahaja keluar dari selekoh lapan di Singapura sewaktu dia bertembung dengan biawak itu di tepi trek.

Pertemuan itu telah memaksa Verstappen untuk memperlahankan jenteranya dan mengelak daripada melanggar haiwan tersebut.

Pada 2016 lalu, Verstappen berkata sambil berseloroh bahawa terdapat biawak gergasi berada di atas trek.

Kejadian itu berlaku semasa dia melepasi selekoh ketiga dalam perlumbaan tersebut.

Seorang pemandu Red Bull yang menyaksikan Verstappen terpaksa memandu mengelilingi makhluk itu telah bertanya kepadanya sama ada dia telah bersemuka dengan Godzila.

Pemandu Red Bull berkata: “Ah! Ada biawak lagi di trek, kali ini lebih kecil.”

Jurutera perlumbaan Red Bull, Gianpiero Lambiase yang berada di sisi turut berkata dalam nada bergurau: “Faham, mungkin Godzila mempunyai anak.”

Verstappen menamatkan sesi latihan di tempat ketiga, diikuti pemandu McLaren, Lando Norris tempat keempat dan Lewis Hamilton di tempat kelima.

Santai, Main RC Mini Atas Meja Kedai Mamak

Berdasarkan video TikTok milik pengguna ABG. TRAXXAS (@jeffri696), dirinya sedang bermain RC mini ketika minum teh bersama-sama rakannya di restoran mamak.

Dengan santainya, Jeffri telah mengawal kereta mainan comelnya yang berlegar-legaran di atas meja makan. Kereta berkenaan kelihatan menyusur di sisi barangan di atas meja seperti bekas kicap, cawan, powerbank dan sebagainya.

Saiz RC yang kecil, lebih kecil jika dibandingkan segugus kunci yang diletakkan di atas meja itu membenarnya melalui ruang-ruangan sempit di atas meja.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved