'Permainan adalah pekerjaan saya' - Ancelotti

Football
11 Jun 2024 • 7:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ancelotti

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti yang membawa Los Blancos memenangi kejuaraan berganda Liga Juara-Juara dan LaLiga musim lalu mengakui kerjayanya berdepan tekanan sejak kebelakangan ini.

Begitupun, pengendali kelahiran Itali berusia 65 tahun itu menegaskan beliau berasa gembira apabila tetap tenang mengendalikan tekanan tersebut dan kekal bersemangat dengan tugasnya bersama gergasi Sepanyol berkenaan.

“Saya tidak melihat apa-apa yang baharu berkait tekanan. Ia menjadi kebiasaan dalam tugas kami tetapi berkait kes (bekas pengurus Liverpool Jurgen) Klopp menunjukkan tugas kami kini merupakan tanggungjawab yang kian berat, obses mengambil alih.

“Di sini, saya kekalkan semangat, itulah cara saya menjalani kehidupan setiap perlawanan, kerana permainan adalah pekerjaan saya.

“Saya telah mengatasi detik-detik yang tidak selalu positif, selepas pengalaman saya bersama Everton, saya tidak dapat dilihat, mereka fikir saya sudah tamat, saya sudah tua,” ujar pengendali tersebut.

Ancelotti, pula antara pengendali bola sepak paling berjaya di Eropah, telah memenangi Piala Kelab Dunia sebanyak tiga kali dan Liga Juara-Juara lima kali.

Pada ulang tahun kelahiran ke-65, Ancelotti berkata: “Saya tidak menganggap diri saya orang tua. Saya tidak merasakannya sebaliknya jiwa seorang lelaki muda yang matang.”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved