Permainan Be Scam Ready Oleh Google Kelak Akan Hadir Dalam Bahasa Malaysia

LocalTechnology
28 Apr 2026 • 3:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu acara Google 2026 APAC Online Safety Dialogue, mereka juga mengumumkan bahawa permainan Be Scam Ready kelak akan ditawarkan dalam Bahasa Malaysia dan dijangka akan dilancarkan sekitar suku ketiga pada tahun ini.

Sebanyak $5 juta (~RM20 juta) telah diperuntukkan untuk tujuan pemerkasaan anti-penipuan digital dan kewangan di negara-negara ASEAN oleh Google.org supaya lebih ramai rakyat negara-negara tersebut lebih cakna tentang isu tersebut dengan mendedahkan mereka kepada senario penipuan digital dengan cara yang selamat.

image is not available

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama diantara Google.org dan juga Yayasan ASEAN, tetapi untuk pasaran Malaysia, kedua-dua pihak ini juga bekerjasama dengan agensi impak perubahan sosial tempatan, Ratio:Cause yang mana ia diharap akan meningkatkan kesedaran lebih 200 ribu rakyat Malaysia tentang bahaya penipuan digital dan kewangan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Melalui model “latih-para-pelatih” (train-the-trainer), inisiatif ini memperkasakan pemimpin komuniti untuk membina rangkaian pakar serta menyampaikan program latihan dan kesedaran setempat bagi rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia dan warga emas. Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan alat interaktif seperti permainan “Be Scam Ready”, yang membina daya tahan digital untuk semua.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved