Permainan Bola Sepak Terlampau Mahal, Tak Tertanggung Kerajaan Negeri – Saarani

LocalFootball
28 Apr 2025 • 11:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri tidak mampu menyelesaikan kemelut kewangan yang membelenggu pasukan bola sepak Perak FC ketika ini.

Saarani berkata kos pembiayaan untuk Perak FC terlampau tinggi dan memerlukan perbelanjaan besar setiap musim.

Permainan Bola Sepak

image is not available

“Permainan bola sepak di Malaysia terlampau mahal, tak tertanggung dek kerajaan negeri. Saya harap peminat bola sepak faham, bukan Perak sahaja tidak mampu, negeri-negeri lain pun tidak mampu.

“Kita juga tidak mampu menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Perak FC. Itu adalah atas tanggungan (pihak yang menaja Perak FC),” katanya.

Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Riang Raya Aidilfitri Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Perak Bersama Menteri Besar di pekarangan Stadium Indera Mulia di Ipoh, semalam.

Permainan Bola Sepak

image is not available

Bagaimanapun, dia berkata pembangunan bola sepak masih diteruskan melalui Persatuan Bolasepak Perak yang berperanan mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan belia.

“Kos (pembangunan bola sepak) amat berpatutan dan kerajaan negeri ada juga membantu membiayai tidak sampai RM1 juta pun,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perak FC Azim Zabidi mengesahkan bahawa skuad The Bos Gaurus terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Super musim akan datang kerana berdepan isu kewangan.

Azim berkata pihaknya sudah melakukan yang termampu untuk membangunkan pasukan termasuk membelanjakan hampir RM40 juta sejak tiga tahun lepas.

image is not available

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved