Permainan Digital 2048 Berjaya Diubah Menjadi Versi Fizikal Dengan RGB

TechnologyGamingDigital
19 Aug 2024 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda ingat lagi permainan 2048? Saya ingat, kerana selepas Flappy Bird dihentikan – inilah permainan yang membuatkan saya ketagih dan tidak berhenti bermain. Diperkenalkan pada tahun 2014 berasaskan kod oleh pembangun Itali, Gabriele Cirulli yang memberi akses sumber terbuka. Kini selepas 20 tahun, permainan yang asalnya digital berjaya diubah menjadi versi fizikal iaitu Tiny 2048.

Projek ini adalah sebahagian dari program Tiny Games Challenge. Pembangun permainan 2048 versi fizikal ini iaitu David, menggunakan LED WS2812b sebagai wakil nombor berbeza. Kemudian sensor pemecut disertakan untuk kawalan sama ada mencondongkan peranti atau dengan sentuhan. Kemudian segala cip dan papan induk pula menggunakan MCU ESP32-S3 yang cukup berkuasa yang turut menyokong pengecasan USB-C. Setiap LED tadi akan bergerak dan apabila menjadi nombor lain, lampu akan berubah.

image is not available

Tiny 2048 masih lagi dalam peringkat pembangunan dan sebahagian daripada cabaran untuk Tiny Game Challenge. Buat masa ini, David selaku pencipta dan pembangun masih tidak berkongsi kod untuk orang awam membinanya dengan sendiri atau adakah ia akan menjadi produk sebenar. Sebagai individu yang kerap bermain 2048 sehingga hari ini, Tiny 2048 adalah satu konsep yang menarik.

View Original Article