Permainan Marvel 1943 Diumumkan Dengan Unreal Engine 5 Bagi Menawarkan Grafik Realistik

TechnologyGamingDigital
21 Mar 2024 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan baharu Marvel 1943 : Rise of Hydra diumumkan dengan ia berkisar mengenai pengembaraan Captain America dan Black Panther di Eropah ketika Perang Dunia Kedua. Pengumuman dan treler diperlihatkan di GDC yang sedang berlangsung sekarang.

Yang menjadikan permainan ini menarik bukan sahaja kerana penglibatan Amy Hennig yang dahulunya bertugas di Naughty Dog tetapi juga kualiti grafik yang kelihatan cukup realistik. Unreal Engine 5 digunakan bagi menghasilkan dunia 1943 yang kelihatan realistik.

Beberapa babak sinematik untuk penceritaan menggunakan enjin dalaman permainan video dan bukannya babak yang dijana menggunakan video. Animasi wajah dan tubuh serta pencahayaan dilakukan secara masa nyata tetapi kelihatan seperti babak dalam sebuah filem blockbuster moden.

Marvel 1943 : Rise of Hydra akan hadir pada tahun 2025 dengan ia dibangunkan oleh studio Skydance New Media dan diterbitkan oleh Marvel Games.

View Original Article