Permaisuri Selangor berkenan tutup Karnival Kuala Selangor

8 Aug 2022 • 5:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melafazkan dan menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Kuala Selangor 2022 sempena dengan ulang tahun pertama MPKS di Dragonfly Park, Eco Grandeur di sini pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan hadir ke Majlis Penutup Karnival Kuala Selangor 2022 sempena dengan ulang tahun pertama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Dragonfly Park, Eco Grandeur di sini pada Ahad. Tengku Permaisuri Norashikin tiba kira-kira jam 8.45 malam dan kemudian baginda dipersembahkan dengan pertunjukan silat. Baginda kemudian mendengar ucapan aluan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Baru, Ng Sze Han. Sebagai simbolik kepada majlis penutupan, Tengku Permaisuri Norashikin juga dipersembahkan dengan tayangan montaj Karnival Kuala Selangor pada tahun ini. Tengku Permaisuri Norashikin kemudian berkenan melafazkan dan menyempurnakan perasmian penutup karnival tersebut. Lebih menarik, majlis penutupan itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Aina Abdul serta pertunjukan bunga api dan cabutan bertuah. Karnival Kuala Selangor 2022 dilaksanakan tiga hari bermula Jumaat lalu hingga Ahad melibatkan tujuh lokasi di daerah Kuala Selangor. Tujuh lokasi berbeza pelaksanaan program itu ialah di Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor; Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan; Inap Desa Sungai Sireh; Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam; Pantai Remis, Jeram; Stadium Utama, Kompleks Sukan Kuala Selangor dan Taman Alam, Kuala Selangor. Kira-kira 10,000 penduduk terlibat dalam aktiviti komuniti, alam sekitar dan sukan serta pengisian rohani sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved