Permintaan perkhidmatan awan dijangka naik berikutan pelaburan gergasi teknologi dalam pusat data - Kenanga Research
05/11/2024 - 13:08
KUALA LUMPUR 5 Nov - Kenanga Research menjangkakan kenaikan dalam permintaan untuk perkhidmatan awan memandangkan penyedia perkhidmatan awan global (CSP) terus melabur dengan banyak dalam pusat data, awan dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.





