Permintaan Tinggi Elektrik di Sabah Akibat Cuaca Terlampau Panas, SESB Terpaksa Lakukan Catuan Bekalan

3 May 2023 • 4:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemutusan bekalan elektrik yang dilaksanakan secara bergilir-gilir di beberapa daerah

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang melaksanakan pemutusan bekalan elektrik bergilir-gilir di beberapa daerah di Sabah akibat permintaan yang tinggi susulan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Melalui kenyataan pada Selasa, SESB menjelaskan bahawa pemutusan bekalan elektrik yang dilaksanakan secara bergilir-gilir di beberapa daerah bertujuan untuk menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah mengalami gangguan bekalan.

image is not available

SESB juga sedang menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini dan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan.

Purata permintaan bekalan elektrik pada waktu puncak di Sabah adalah sekitar 970 megawatt (MW), namun pada 26 April lalu negeri ini mencatat permintaan tertinggi untuk tahun ini iaitu 1,029MW. Kenaikan permintaan elektrik disebabkan oleh keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Walaupun kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah boleh menampung jumlah permintaan tersebut, beberapa loji penjanaan mengalami masalah di luar jangka menyebabkan loji-loji tersebut tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan grid (elektrik) Sabah.

image is not available
Permintaan Tinggi Elektrik di Sabah Akibat Cuaca Terlampau Panas, SESB Terpaksa Lakukan Catuan Bekalan

SESB memohon kerjasama pengguna untuk memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mampan kepada pengguna

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar, menjelaskan bahawa SESB sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga untuk menangani masalah kekurangan rizab bekalan elektrik dengan menambah penjanaan baru di Sabah dan Labuan. SESB juga sedang menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini dan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan. SESB berharap untuk mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh untuk melaksanakan usaha ini.

image is not available

SESB memahami kesulitan yang dialami oleh pengguna ketika terdapat pemutusan bekalan elektrik. Namun pada masa sama, SESB memohon kerjasama pengguna untuk memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mampan kepada pengguna. Para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019-8525427 dan melalui aplikasi mySESB bagi sebarang pertanyaan, laporan, atau maklum balas.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: