Permintaan tinggi rawatan kesuburan berpotensi pacu untung Alpha IVF cecah RM15 juta pada 4QFY26 - TA Securities

Business & Finance
17 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Permintaan tinggi rawatan kesuburan berpotensi pacu untung Alpha IVF cecah RM15 juta pada 4QFY26 - TA Securities Image from: Permintaan tinggi rawatan kesuburan berpotensi pacu untung Alpha IVF cecah RM15 juta pada 4QFY26 - TA Securities amree17/07/2026 - 12:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 JulaiAlpha IVF Group Berhad berpotensi mencatat keuntungan bersih sehingga RM15 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2026, disokong peningkatan pesakit rawatan kesuburan.

 

Menurut TA Securities, permintaan kukuh ke atas perkhidmatan persenyawaan in-vitro (IVF), terutama pesakit daripada China, dan operasi pusat baharu akan terus mengukuhkan prospek jangka sederhana.

 

Sehubungan itu, firma tersebut mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham kumpulan ini, namun menurunkan harga sasaran (TP) kepada 33 sen daripada 37 sen selepas menyemak semula unjuran hasil.

 

"Kami justeru menjangkakan keuntungan bersih Alpha IVF mencecah RM15.5 juta bagi 4QFY26, sedikit rendah berbanding RM16.1 juta yang pernah dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas," jelasnya.

 

Ujar TA Securities, penyusutan itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan praoperasi, termasuk kos latihan kakitangan dan pakar embriologi, sejajar persediaan membuka beberapa pusat IVF baharu.

 

Bagaimanapun, kumpulan dijangka merekodkan hasil tertinggi pada suku itu, didorong peningkatan jumlah pesakit selain sumbangan dua pusat IVF baharu di Kota Kinabalu, Sabah dan Manila, Filipina.

 

Alpha IVF_DagangNews2026

 

Fasiliti itu berpotensi mencapai margin positif pada 4QFY26 sebelum mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) seawal suku berikutnya, sekali gus mengesahkan potensi model pengembangan Alpha IVF.

 

"Kumpulan ini menyasarkan pembukaan empat lagi pusat IVF akhir 2027, dengan ada akan beroperasi pada November 2026 dan berpotensi raih untung dalam tempoh sebulan pertama," kata TA Securities.

 

Pembukaan pusat di Johor ditunda ke Disember 2026 susulan kelewatan pemerolehan sijil keselamatan kebakaran daripada pihak bomba, sekali gus meningkatkan kos latihan dan pengambilan kakitangan.

 

Jelasnya, pesakit dari Indonesia kekal menjadi penyumbang hasil terbesar kepada operasi Alpha IVF di Malaysia dengan mewakili 33% untuk tempoh sembilan bulan FY26, diikuti China dan Singapura.

 

TA Securities percaya pertumbuhan pesakit antarabangsa dijangka terus meningkat hasil kadar kejayaan rawatan IVF yang tinggi serta reputasi kumpulan tersebut dalam pasaran pelancongan perubatan di Asia.

 

"Kami mengekalkan pandangan positif kerana percaya pelaburan syarikat dalam rangkaian pusat baharu akan membuahkan hasil dan menjadi pemacu utama keuntungan," katanya.  - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved