'Permit buruh binaan, tapi kerja pasar raya'

25 Jul 2024 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara warga asing yang diperiksa JIM Selangor di sekitar Balakong, Seri Kembangan pada Rabu.

image is not available
JIM Selangor melaksanakan pemeriksaan di beberapa premis sekitar Balakong, Seri Kembangan pada Rabu.

image is not available
Kesemua PATI dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

SERI KEMBANGAN - Salah guna permit kerja dan berpura-pura menyamar sebagai pelanggan premis antara taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengelak dicekup pihak berkuasa, di sini, pada Rabu.

Operasi sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor itu dilaksanakan membabitkan 28 premis termasuk persekitaran, pusat perniagaan dan pondok pengawal di Balakong, di sini.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dilakukan kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, operasi bertindak menahan 36 PATI lelaki berusia 20 hingga 40 tahun hasil pemeriksaan 114 individu.

**media[2739033]**

"PATI yang ditahan terdiri daripada 11 Bangladesh, Nepal (12 orang), Myanmar (7 orang), Indonesia (2 orang), Pakistan (2 orang) dan Pakistan (2 orang).

"Antara kesalahan yang dikesan ialah PATI yang salah guna permit kerja sebagai buruh binaan bekerja di pasar raya.

"Selain itu, terdapat juga PATI yang digajikan sebagai pengawal keselamatan selain beberapa tindakan cubaan melarikan diri serta menyamar sebagai pelanggan semasa pemeriksaan di beberapa premis," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, PATI yang ditahan ini masing-masing bekerja di pasar raya, kedai runcit, kedai makan serta tukang gunting rambut selain pengawal keselamatan.

**media[2739035]**

Katanya, tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Kesemua PATI dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved