Permohonan Bantuan Persediaan IPT MAIWP 2026

LocalPersonal Finance
15 May 2026 • 2:14 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada menyediakan Bantuan Persediaan IPT untuk asnaf Fakir, Miskin, Mualaf, dan Fisabilillah yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan persediaan ini.

Image from: Permohonan Bantuan Persediaan IPT MAIWP 2026

Mengenai Bantuan Persediaan IPT MAIWP

Bantuan Persediaan IPT merupakan inisiatif kewangan (one-off) oleh MAIWP untuk pelajar baru bagi membantu menampung kos persediaan awal sebelum memulakan pengajian di pusat pengajian tinggi.

Bantuan ini biasanya disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) atau golongan asnaf seperti asnaf Fakir, Miskin, Mualaf, dan Fisabilillah.

Dengan adanya bantuan ini, ia akan membantu pelajar yang layak untuk membuat persediaan bagi memasuki IPT.

Kategori Asnaf

Kategori asnaf yang layak adalah Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah:

  • Program persediaan seperti O Level, A Level, Matrikulasi dan Asasi
  • Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Belum mendaftar masuk mana-mana IPTA/IPTS atau selewat-lewatnya tidak melebihi 1 bulan daripada tarikh pendaftaran.
  2. Pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Bantuan disalurkan sekali sahaja pada setiap peringkat pengajian dalam tempoh setahun.
  4. Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am Pelajaran IPT
  5. Bagi program berbentuk persediaan seperti O Level / A Level / Matrikulasi / Asasi / program Pra juga layak dipertimbangkan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi pautan https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-pendidikan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  • Satu keping gambar pelajar berwarna berukuran passport bagi permohonan baru sahaja. (menutup aurat bagi perempuan).
  • Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja). (Tempoh sah laku : 3 bulan)
  • Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas. (jika berkenaan) (Perkahwinan hendaklah didaftarkan di Malaysia sahaja)
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan
    masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. (jika berkenaan)
  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. (jika berkenaan)
  • Satu salinan kad memeluk Islam. (jika berkenaan)
  • Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan. (jika berkenaan)
  • Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja. (jika berkenaan)
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran pengajian bagi tanggungan lain yang sedang belajar di IPT. (jika berkenaan)
  • Satu salinan cukai pintu / bil elektrik / bil air yang terkini. (Tempoh sah laku : 3 bulan)
  • Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemohon yang aktif (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro) (WP Labuan sahaja).
  • Satu salinan surat tawaran rasmi kemasukan pelajar ke IPT (IPT Dalam & Luar Negara) / Surat pengesahan dari mana-mana agensi berautoriti yang boleh mengesahkan status pendaftaran di Luar Negara (IPT Luar Negara).
  • Satu salinan surat pengiktirafan bidang dan peringkat pengajian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari Jabatan Akademik Pelajar (bagi semua IPTS / IPT Luar Negara sahaja). (jika berkenaan)

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Persediaan IPT?

Bantuan Persediaan IPT merupakan inisiatif kewangan (one-off) oleh MAIWP bagi pelajar baru bagi membantu menampung kos persediaan awal sebelum memulakan pengajian di IPT.

Apakah kategori asnaf yang layak memohon?

Kategori asnaf yang layak memohon adalah Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Apakah peringkat pengajian yang layak untuk memohon?

– Program persediaan seperti O Level, A Level, Matrikulasi dan Asasi
– Ijazah Sarjana Muda

Bilakah permohonan bantuan ini boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat sebelum mendaftar atau selewat-lewatnya tidak melebihi 1 bulan daripada tarikh pendaftaran.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-pendidikan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Persediaan IPT, sila layari laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.

Baca juga: Senarai Bantuan Masuk IPT Setiap Negeri (2026)

View Original Article