Permohonan bantuan yuran tadika RM50 dibuka, mohon sekarang

LocalFamily & Parenting
2 Jul 2025 • 8:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 JULAI: Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang menawarkan subsidi yuran RM50 setiap bulan dibuka sejak semalam.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan permohonan untuk kanak-kanak yang layak boleh dibuat menerusi pautan tunas.yawas.com.my

“Bantuan bukan dalam bentuk wang tunai. Sebaliknya dalam bentuk yuran dan akan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar,” katanya di Facebook.

Menurutnya, maklumat senarai tadika yang berdaftar boleh didapati menerusi pautan https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php

Setakat 2023, Tunas berjaya memberi manfaat kepada 21,236 ibu bapa di seluruh Selangor sejak program bantuan itu diperkenalkan pada 2012.

image is not available image is not available