Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini membuka peluang untuk memohon penajaan Biasiswa TNB PRIME kepada Program Ijazah Pertama di Universiti Awam Tempatan sahaja yang boleh dipohon menerusi pautan https://ytn.tnb.com.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa TNB Prime
Biasiswa TNB Prime ialah program tajaan pendidikan penuh yang ditawarkan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kepada pelajar cemerlang.
Untuk makluman, YTN ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana antara fungsinya ialah untuk memberi biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang memerlukan.
Untuk Biasiswa TNB Prime, penajaan ini meliputi pengajian peringkat asasi/persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, UNITEN, atau universiti luar negara terpilih.
Biasiswa ini juga merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup, serta peluang kerjaya di TNB.
Menariknya, biasiswa ini ditawarkan bagi 3 peringkat pengajian iaitu:
- Asasi
- Pra-Pengambilan (Sabah & Sarawak)
- Ijazah Sarjana Muda
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, permohonan biasiswa ini bagi Program Ijazah Pertama di Universiti Awam Tempatan dibuka mulai 14 Ogos – 13 September 2026.
Permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.
Peringkat Penajaan Yang Ditawarkan
Peringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime kali ini adalah Program Ijazah Pertama di Universiti Awam sahaja.
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Biasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut :
Kejuruteraan
- Elektrik Kuasa
- Nuklear
Bukan Kejuruteraan
- Psikologi
- Statistik
- Ekonomi
Syarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime
Calon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2026.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai sifat dan ciri kepimpinan
- Tidak mempunyai adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
- Khusus untuk pelajar Semester Pertama September 2026 yang telah menerima penempatan di Universiti Awam.
- Lulus STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi 2026 anda dengan memperoleh PNGK/PNGK minimum 3.50 (PNGK > 3.50).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa TNB Prime?Biasiswa TNB Prime ialah program tajaan pendidikan penuh yang ditawarkan oleh Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kepada pelajar cemerlang.
Bilakah permohonan biasiswa ini dibuka?Permohonan biasiswa ini dibuka bagi Program Ijazah Pertama di Universiti Awam adalah pada 14 Ogos – 13 September 2026.
Apakah bidang pengajian yang bakal ditaja kepada mereka yang berjaya?Kejuruteraan
– Elektrik Kuasa
– Nuklear
Bukan Kejuruteraan
– Psikologi
– Statistik
– Ekonomi
Tidak. Pemohon mestilah tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2026.
Bagaimanakah cara untuk saya memohon?Permohonan boleh dibuat menerusi https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa TNB PRIME, sila layari laman web https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html.
Baca juga: Senarai Biasiswa / Tajaan Pendidikan Rakyat Sabah 2026 – Cara Mohon & Syarat

