Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mempelawa mana-mana kelab/persatuan/pertubuhan bukan kerajaan/Sekretariat Rakan Muda IPT/ Badan Operasi ARPRM/ Kelab Rakan Muda untuk memohon dana bantuan bagi pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda yang boleh diakses menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai dana ini.

Mengenai Program Rakan Muda
Program Rakan Muda ialah salah satu inisiatif utama di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mula diperkenalkan pada tahun 1994. Ia bertujuan untuk menjadi platform pembangunan belia yang menyeluruh, berfokus kepada minat, potensi dan gaya hidup anak muda Malaysia.
Pada tahun 2023, Program Rakan Muda telah diperbaharui dengan pendekatan lebih segar dikenali sebagai Rakan Muda 2.0, selari dengan perkembangan semasa, digitalisasi, serta keperluan generasi Z dan Alpha.
Di bawah program Rakan Muda, terdapat pelbagai bengkel, kejohanan, dana dan program khas khusus untuk belia mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
Penganjuran Program
Untuk penganjuran program, terdapat 10 program yang boleh yang boleh dijalankan:
- Rakan Aktif
- Rakan Bumi
- Rakan Demokrasi
- Rakan Digital
- Rakan Ekspresi
- Rakan Litar
- Rakan Mahir
- Rakan Muzik
- Rakan Niaga
- Rakan Prihatin

Kategori Permohonan
Kategori permohonan yang boleh memohon adalah seperti berikut:
- Kelab Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda IPT
- Badan Operasi ARPRM
- Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan (Berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)

Permohonan Yang Boleh & Tidak Boleh Dipertimbangkan
Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
- 10 GAYA HIDUP RAKAN MUDA – Permohonan penganjuran program bai mana-mana 10 Gay Hidup Rakan Muda
- TEMPOH – Pelaksanaan program pada bulan Januari-Disember 2026
- KONSEP FORMAT – Program berbentuk bengkel, kursus, latihan, seminar, pertandingan kreatif, aktiviti kesukarelawanan digalakkan.
- PERTIMBANGAN – Sewaan tempat/ sistem siar raya, makan minum peserta, pengangkutan, bayaran penceramah/ panel/ juri, hadiah pertandingan, bahan promosi dan lain-lain perbelanjaan yang bersesuaian.
- SASARAN – Program yang memberi impak kepada belia dan masyarakat.
Namun, permohonan yang tidak boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
- ORGANISASI TIDAK BERDAFTAR – Permohonan daripada mana-mana Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ SRM IPT yang tidak mempunyai pendaftaran sah.
- DOKUMEN TIDAK LENGKAP – Permohonan yang tidak disertakan maklumat lengkap dan tidak memenuhi syarat.
- KONSEP FORMAT – Program sukan di bawah Gaya Hidup Rakan Aktif, Rakan Litar dan Rakan Digital (e-sukan) yang berkonsep kejohanan atau pertandingan Program sukan massa di bawah gaya hidup Rakan Aktif seperti larian/berbasikal/ berialan kaki secara santail senamrobik Program berbentuk lawatan tapa pengisian aktiviti yang mengandungi elemen ilmiah/ pendidikan.
- TIDAK MENGHANTAR LAPORAN/PROGRAM LEPAS – Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ SRM IPT yang tidak menghantar laporan program terdahulu (sekiranya menggunakan peruntukan bantuan kewangan KBS).
Skop Permohonan
Skop permohonan adalah seperti berikut:
- Aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang terbuka kepada penyertaan pelbagai kaum dan menggalakkan perpaduan.
- Permohonan dalam talian dibuat sebelum tarikh pelaksanaan program.
- Permohonan melibatkan Sekretariat Rakan Muda IPT perlu mendapatkan sokongan penganjuran dan pelaksanaan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ Pengurusan.
- Institusi Pemohon dibenarkan membuat lebih dari satu (1) permohonan dengan syarat iaitu hanya satu (1) permohonan bagi setiap jendela dan laporan lengkap telah selesai bagi kelulusan terdahulu.

Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:

Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my.
Selain itu, permohonan secara dalam talian akan dibuka sebanyak 4 jendela bagi tahun 2026:
| Tarikh Program | Tarikh Tutup Permohonan | Keputusan (sebelum/ pada) |
| Februari hingga Mac | 15 Januari 2026 | 15 Februari 2026 |
| April hingga Jun | 15 Februari 2026 | 15 Mac 2026 |
| Julai hingga September | 15 Mei 2026 | 15 Jun 2026 |
| Oktober hingga Disember | 15 Ogos 2026 | 15 September 2026 |

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik
Terdapat 6 dokumen yang perlu dimuat naik seperti:
- Kertas Kerja Lengkap
- Senarai Jawatankuasa Persatuan/ Pertubuhan/Kelab
- Penyata Akaun Bank Terkini
- Salinan Sijil Pendaftaran dan Yang Berkaitan
- Salinan Pengesahan Penghantaran bagi Tahun 2024 atau 2025
- Slip eVendor/iGFMAS
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Dana Rakan Muda?Dana ini merupakan dana di bawah KBS bagi pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda di dalam negara.
– Rakan Aktif
– Rakan Bumi
– Rakan Demokrasi
– Rakan Digital
– Rakan Ekspresi
– Rakan Litar
– Rakan Mahir
– Rakan Muzik
– Rakan Niaga
– Rakan Prihatin
Mereka yang boleh memohon dana ini adalah:
– Kelab Rakan Muda
– Sekretariat Rakan Muda IPT
– Badan Operasi ARPRM
– Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan (Berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Sekretariat dana ini di talian 03-88713711/ 03-88713738.
Baca juga: Rakan Muda Anjur Program Realiti “Jaguh Rakan Muda 2025”


