Permohonan dua aktiviti mendaki hutan simpan Selangor ditutup sementara

LocalEnvironment
12 Jun 2026 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Permohonan dua aktiviti mendaki hutan simpan Selangor ditutup sementara
Notis penutupan sementara bagi aktiviti ‘Trans Hiking’ dan ‘Hiking Compress’ di semua Hutan Simpanan Kekal di Selangor.

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara permohonan bagi menjalankan aktiviti ‘Trans Hiking’ dan ‘Hiking Compress’ di semua Hutan Simpanan Kekal di negeri ini bermula 1 Julai depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, langkah itu diambil atas faktor keselamatan bagi memastikan risiko terhadap peserta aktiviti pendakian dan keadaan semasa kawasan hutan terpelihara.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan, sebarang pelanggaran terhadap arahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 47, Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

"Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media pada 4 Jun lalu melaporkan, aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih, di Tapah, Perak dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta susulan kejadian kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, di gunung tersebut sejak 24 Mei lepas.

Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf berkata, aktiviti pendakian tersebut dihentikan antara tiga hingga enam bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved