Permohonan GIATMARA 2026 untuk sesi Julai 2026 kini telah dibuka bermula 1 April 2026 sehingga 8 Mei 2026. Permohonan ke GIATMARA 2026 boleh dilakukan secara dalam talian di Laman Web Rasmi TVET atau rujuk portal GiatMara berikut: https://gspel.giatmara.edu.my/utama
Permohonan ini terbuka kepada belia yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang.
Ada banyak kelebihan masuk Giat Mara ni dan paling penting, yuran adalah PERCUMA. Dapat elaun pula tu.
Program Giat Mara menawarkan peluang kepada lepasan sekolah dan belia untuk membina kemahiran praktikal sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan atau keusahawanan, selaras dengan keperluan industri semasa.
Rujuk senarai program, syarat kelayakan dan lokasi Giat Mara di seluruh Malaysia di bawah.
Ringkasan Permohonan GIATMARA 2026 – Sesi Julai 2026
Permohonan GIATMARA ambilan bagi sesi Julai 2026 telah dibuka melalui laman sesawang UP_TVET (Perdana) bermula 01.04.2026 – 08.05.2026.
Permohonan rayuan dibuka 08 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2026.
Pengambilan Program Latihan Jangka Pendek (SCT) dibuka sepanjang tahun melalui UP_TVET Flexi.
Apa Itu GIATMARA?
GIATMARA ialah sebuah institusi latihan berteraskan komuniti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan beroperasi dengan nama GIATMARA Sendirian Berhad.
Pengurusan dan pentadbirannya berada di bawah seliaan MARA, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada golongan belia, sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar.
Latihan ini dirangka bagi melengkapkan belia dengan kemahiran praktikal sebagai persediaan untuk menjadi tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal, sejajar dengan keperluan industri dan aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan nasional.
Keseluruhan kos operasi GIATMARA dibiayai oleh Kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
Operasi GIATMARA bermula pada Januari 1986 di GIATMARA Jitra, yang kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu, dengan pengambilan awal seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata dan Kayu Tanggam serta Bengkuk Besi.
Permintaan yang tinggi terhadap program latihan yang ditawarkan telah mendorong perkembangan pesat GIATMARA dari segi bilangan pusat latihan dan kepelbagaian kursus.
Kini, GIATMARA menawarkan sebanyak 39 jenis kursus merangkumi 12 kluster utama, iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan Teknologi Maklumat, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut dan Kosmetologi serta Hospitaliti.
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan GIATMARA:
Bumiputera.
Sihat tubuh badan.
Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
Berminat dengan bidang yang dipohon.
Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Kelebihan Belajar di GIATMARA
GIATMARA boleh memberikan pelatih dengan pengalaman latihan yang holistik dan menyediakan landasan yang kukuh untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang kemahiran yang diceburi.
Berikut adalah kelebihan belajar di GIATMARA:
Menawarkan program latihan dengan kos yang percuma. Ini menjadikan peluang untuk memperoleh kemahiran tanpa beban kewangan.
Menyediakan peluang untuk latihan praktikal dan penempatan pekerjaan, memberi pelajar pengalaman praktikal dalam industri sebelum memasuki pasaran kerja.
Menawarkan program latihan yang direka khas untuk memenuhi keperluan industri tempatan. Ini bermakna pelatih akan mendapat kemahiran yang relevan dan diperlukan oleh industri
Kursus yang Ditawarkan
1. Elekrikal
TEMPOH PROGRAM: 03-18 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Pendawai Elektrik (G1)
Pendawai Elektrik (G2)
Pendawai Elektrik (PW2)
Pendawai Elektrik (PW4)
Penjaga Jentera Elektrik (A0)
Penjaga Jentera Elektrik (A1) – 24 Bulan
Penjaga Jentera Elektrik (A4)
Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (1 Fasa)
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Building Electrical Maintenance (BEM)
Pemasang Solar Photovoltaic Grid
Senggaraan Sistem Iot (Elektrikal Bangunan)
Sistem Senggaraan Chiller
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
Tamat Ting. 5 dan berumur 18 tahun (Kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik)
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
2. Pengangkutan
TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
Bike Maintenance
Pemanduan Kenderaan Perdagangan
Penyelenggaraan Jentera Pertanian
Senggaraan Kenderaan Komersial
Teknologi Automotif (T2)
Teknologi Enjin Marin
Teknologi Motosikal
Teknologi Automotif (T3)
Teknologi Motosikal Kuasa Tinggi
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Advance Motorcycle Engine Management System
Baikpulih Kerangka Kenderaan
Custom Painting
Elektrikal Automotif
Merekabentuk Kit Badan Kereta
Pengkhususan Prestasi Enjin
Penjajaran Tayar & Roda Kenderaan
Selenggaraan Forklift
Senggaraan Elektronik Semburan Bahan Api
Senggaraan Sistem Diesel Common Rail
Sistem Pengurusan Enjin Automotif
Sistem Penyaman Udara Kenderaan
Sistem Transmisi Auto Automatic
Sistem Transmisi Automotif Continental
Teknologi Motosikal Kreatif
Teknologi Sistem Elektrik & Elektronik Motosikal
T2-Tahap 2 | T3-Tahap 3
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
Latihan PERCUMA
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
3. Hairdressing and Cosmetology
TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Penyeliaan Dandanan Rambut
Senireka Gaya Rambut
Spa Dan Kesihatan
Terapi Estetik
Terapi Kecantikan Dan Solekan
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Advanced Facial Treatment
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
4. Seni Bina
TEMPOH PROGRAM: 06 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Teknologi Bangunan
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
5. Pembuatan
TEMPOH PROGRAM: 06-12 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Teknologi Perabot
Teknologi Komposit
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
6. Media Kreatif (Gambar Pertama)
TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Produksi Penyiaran
Rekabentuk Grafik Dan Pengiklanan
Teknologi Animasi 3d
Teknologi Fotografi
Teknologi Percetakan
Videografi Dan Kesan Visual
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Produksi Animasi 3d
Pengiklanan Digital
Pengeditan Imej Digital
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
7. Kulinari (Gambar Kedua)
TEMPOH PROGRAM: 03-12 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Masakan Dan Pramusaji
Konfeksioneri Dan Bakeri
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Barista Dan Beverages
Beverage Management
Beverages
Cake Artisan
Butchery
Bread Artisan
Food Styling
French Pastry
Garde Manger
Ukiran Buah & Ais
Masakan Etnik Asian
Masakan Itali
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
8. Mekanikal (Gambar Ketiga)
TEMPOH PROGRAM: 03-09 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Teknologi Pembuatan Acuan (T2)
Teknologi Pembuatan Acuan (T3)
Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Teknologi Kimpalan Arka Fcaw & Smaw
Teknologi Kimpalan Arka Gtaw
Teknologi Kimpalan Struktur Keluli
Ujian Tanpa Musnah (Mp/Pt)
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
9. Elektronik / Mekatronik
TEMPOH PROGRAM: 03-12 BULAN
Program Yang Ditawarkan
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kemahiran Malaysia
Baikpulih Telefon Pintar
Mekatronik
Teknologi Elektronik
Sijil Kemahiran Lanjutan GIATMARA
Sistem Automasi Industri
Sistem Audio Video
Industrial Internet Of Things
Baikpulih Tv Led / Lcd
SYARAT PERMOHONAN
Berumur tidak kurang 15 Tahun
Sihat tubuh badan
Bumiputera
KELEBIHAN SELEPAS TAMAT
Peluang PEKERJAAN
Latihan KEUSAHAWANAN
PENINGKATAN kemahiran
KEMUDAHAN KURSUS
ELAUN LATIHAN bulanan (mengikut syarat kelayakan)
Latihan PERCUMA
Senarai Kursus & Lokasi
Senarai kursus yang ditawarkan dan lokasi bagi permohonan GIATMARA 2026 adalah seperti berikut:
1. Computer & Networking Technology
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Sistem Komputer
Alor Setar (Kedah Bukit Gelugor, Prima Tasek Gelugor, Batu Kawan (Pulau Pinang) Sabak Bernam (Selangor) Cheras (W. Persekutuan) Jempol (Serting), Rasah (N. Sembilan) Kota Melaka (Melaka) Batu Pahat, Kluang, Parit Sulong, Gelang Patah (Pulau), Johor Bahru, Labis (Johor) Kuala Terengganu (Batu Rakit) (Terengganu) Machang (Kelantan) Kudat, Penampang, Sipitang, Tuaran (Sabah) Sri Aman, Bandar Kuching (Sarawak)
Sistem Rangkaian Komputer
Kuala Lumpur (W. Persekutuan) Bagan (Pulau Pinang) Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
2. Elektrikal
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Pendawai Elektrik (PW2)
Kulai, Labis, Tebrau, Batu Pahat, Gelang Patah, Kluang (Johor) Jerai, Jerlun, Pokok Sena, Langkawi, Sungai Petani, Pendang, Kulim/Bandar Baru, Sik (Kedah) Selayang, Hulu Selangor, Puchong, Sepang, Kapar, Sungai Besar (Selangor) Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, K. Terengganu, Setiu (Terengganu) Gaya, Keningau, Sandakan, Labuan, Kota Belud, Kinabatangan, Tawaym, Semporna, Limbawang (Sabah) Balik Pulau, Permatang Pauh, Batu Kawan, Bayan Lepas (Pulau Pinang), Arau (Perlis) Seremban, Jelebu, Teluk Kemang, Tampin (N. Sembilan) Maran, Rompin, Pekan, Jerantut, Raub (Pahang) Masjid Tanah, Bukit Katil (Melaka) Teluk Intan, Ipoh Timur, Tambun, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Taiping (Perak) Kota Bahru, Bachok, Jeli, Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Chepa (Kelantan) Batu (W. Persekutuan)
Pendawai Elektrik (G1)
Sibu, Serian, Sibuti (Sarawak)
Pendawai Elektrik (G2)
Betong, Hulu Rejang, Kota Samarahan, Lawas, Oya/Mukah, Sentubong (Sarawak)
Tebrau (Johor) Arau (Perlis) Hulu Selangor (Selangor) Jerantut (Pahang) Limbawang (Sabah)
Pendawai Elektrik (PW4) 3 Tahun
Bachok (Kelantan)
Penjaga Jentera Elektrik (A0) 2 Tahun
Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
Penjaga Jentera Elektrik (A0) 3 Tahun
Komuniti Giatmara Ledang (Johor)
Penjaga Jentera Elektrik (A1)
Prima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Penjaga Jentera Elektrik (A4)
Prima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (1 Fasa)
Batu Pahat, Tebra, Pulai, Pengerang (Johor) Jerai, Pokok Sena (Kedah) Pasir Puteh (Kelantan) Masjid Tanah (Melaka) Rembau (N. Sembilan) Indera Mahkota (Pahang) Ipoh Timur, Batu Gajah, Teluk Intan (Perak) Padang Besar (Perlis) Bayan Lepas, Kepala Batas, Nibong Tebal (Pulau Pinang) Silam, Libaran, Putatan (Sabah) Sarikei, Limbang, Bandar Kuching (Sarawak) Sg. Besar, Serdang (Selangor) Batu Rakit (Terengganu) Wangsa Maju (W. Persekutuan)
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (3 Fasa)
Pengkhususan Senggaraan Sistem IOT (Elektrik Bangunan)
Taiping (Perak)
3. Elektronik dan Mekatronik
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Elektronik
Parit Sulong, Komuniti Giatmara Ledang, Gelang Patah, Johor Bahru (Johor) Kota Bharu, Machang (Kelantan) Kota Melaka, Bukit Katil (Melaka) Jempol (N. Sembilan) Parit (Perak) Bayan Lepas (Pulau Pinang) Besut, Kuala Terengganu (Terengganu) Kuala Lumpur, Segambut (W. Persekutuan)
Mekatronik
Prima Tasek Gelugor (Pulau Pinang)
Baikpulih Telefon Pintar
Kangar (Perlis)
Pengkhususan Sistem Audio Video
Parit (Perak)
Pengkhususan Baikpulih TV LED / LCD
Kuala Lumpur (W. Persekutuan)
Pengkhususan Industrial Internet of Things
Gelang Patah (Johor) Bayan Lepas (Pulau Pinang)
Pengkhususan Sistem Automasi Industri
Bukit Katil (Melaka)
4. Kluster Fabrik
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Jahitan Pakaian dan Fesyen
Padang Besar, Kangar (Perlis) Bakri, Sadeli (Kota Tinggi), Mersing, Muar, Pagoh, Pengerang, Segamat, Simpang Renggam, Sri Gading, Tenggara (Johor) Baling, Jerai, Jerlun, Kuala Kedah, Langkawi, Merbok, Sik, Alor Setar, Padang Terap, Kulim, Sungai Petani (Kedah) Bagan, Balik Pulau, Batu Kawan, Tanjong, Kepala Batas (cwg. LKIM) (Pulau Pinang) Gopeng, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Pasir Salak, Tapah, Gerik, Lenggong (Tasik Chenderoh) (Perak) Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Serdang, Subang, Sabak Bernam (Selangor) Cheras, Kempong, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa (W. Persekutuan) Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Telok Kemang, Jempol (N. Sembilan) Jasin, Tangga Batu (Melaka) Besut, Ketengah, Kuala Terengganu, Marang (Terengganu) Bera, Cameron Highland, Kuala Krau, Kuantan, Maran, Raub, Felda Chenis (caw. Mdz. Shah), Nenasi (caw. Pekan) (Pahang) Bachok, Kuala Krai, Kubang Kerian, Machang, Rantau Panjang, Tumpat (Kelantan) Beaufort, Beluran, Kimanis, Kota Marudu, Kudat, Labuan, Limbawang, Persiangan, Ranau, Sandakan, Silam, Tawau, Semporna, Tenom (Sabah) Batang Lupar, Kanowit, Igan, Lawas, Mambong, Mas Gading, Saratok, Selangau, Serian, Stampin, Tanjung Manis, Miri (Sarawak)
Hiasan Dalaman
Kuala Terengganu (Terengganu) Pasir Puteh, Ketereh (Kelantan) Kuala Kangsar, Pasir Salak (Perak) Kulim (Kedah) Putatan (Sabah) Hulu Selangor (Selangor)
Rekaan Pakaian dan Fesyen
Pasir Gudang, Pontian (Johor) Padang Terap, Pendang (Kedah) Bukit Mertajam (Pulau Pinang) Bagan Serai, Beruas (Perak) Tanjung Karang (Selangor) Titiwangsa (W. Persekutuan) Rasah (N. Sembilan) Kota Melaka, Simpang Ampat (Melaka) Kuala Nerus (Terengganu) Jeli (Kelantan) Jengka, Pekan (Pahang) Tawau, Kinabatangan, Tuaran (Sabah) Kota Samarahan, Sibu (Sarawak)
Sekijang, Simpang Renggam (Johor) Ampang Jaya, Shah Alam (Selangor) Bandar Tun Razak, Lembah Pantai (W. Persekutuan) Prima Tasir Gelugor, Jelutong (Pulau Pinang) Gopeng (Perak) Rasah (Negeri Sembilan) Alor Star (Kedah) Kuantan (Pahang) Batu Sapi, Gaya (Sabah) Baram, Petrajaya (Sarawak)
Gaya Rabut dan Terapi Kecantikkan
Pekan (Pahang)
Terapi Kecantikkan dan Solekan
Bandar Tun Razak, Kepong (W. Persekutuan) Shah Alam, Ampang Jaya (Selangor) Rembau (Negeri Sembilan) Prima Tasek Gelugor, Jelutong (Pulau Pinang) Simpang Ampat (Melaka) Ayer Hitam (Johor) Tapah (Perak) Kubang Kerian (Kelantan) Kangar (Perlis) Petrajaya, Sri Aman (Sarawak) Batu Sapi, Gaya (Sabah) Kuala Kedah (Kedah)
Terapi Estetik
Taiping (Perak)
Spa dan Kesihatan
Gombak (Selangor) Prima Tasik Gelugor (Pulau Pinang) Gaya (Sabah) Langkawi (Kedah) Petrajaya (Sarawak) Pulai (Johor)
6. Kluster Hospitaliti
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Asuhan Awal Kanak-Kanak
Petaling Jaya Utara (Selangor)
7. Kluster Kulinari
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Masakan dan Pramusaji
Muar (Johor) Nilam Puri (Kelantan) Masjid Tanah (Melaka) Bentong, Pekan (Pahang) Larut, Ipoh Timur (Perak) Merbok, Pendang (Kedah) Kangar (Perlis) Balik Pulau, Permatang Pauh (Pulau Pinang) Hulu Langat, Klang (Selangor) Kuala Nerus (Terengganu) Setiawangsa (W. Persekutuan) Sepanggar (Sabah) Stampin (Sarawak)
Konfeksioneri dan Bakeri
Johor Bahru, Sri Gading (Johor) Kubang Kerian (Kelantan) Batu Rakit, Marang (cwg. Maidam) (Terengganu) Raub, Bera, Pekan (Pahang) Parit, Ipoh Timur (Perak) Kelana Jaya, Pandan, Klang (Selangor) Putrajaya (W. Persekutuan) Tangga Batu (Melaka) Kuala Pilah (N. Sembilan) Jerlun (Kedah) Bukit Bendera (Pulau Pinang) Stampin (Sarawak) Papar, Sepanggar (Sabah)
Pengkususan Beverages
Kelana Jaya (Selangor)
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2)
Larut (Perak) Kangar (Perlis)
Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 3)
Kangar (Perlis)
Pengkhususan French Pastry
Masjid Tanah (Melaka) Muar (Johor)
Pengkhususan Cake Artisan
Parit (Perak) Papar (Sabah) Kuala Pilah (N. Sembilan) Putrajaya (W. Persekutuan) Batu Rakit (Terengganu) Kelana Jaya (Selangor) Raub (Pahang)
Pengkhususan Ukiran Buah & Ais
Pendang (Kedah)
Pengkhususan Food Styling
Klang (Selangor) Permatang Pauh (Pulau Pinang)
Pengkhususan Bread Artisan
Klang, Pandan (Selangor) Johor Bahru (Johor) Jerlun (Kedah) Bukit Bendera (Pulau Pinang) Sepanggar (Sabah)
Kuala Nerus (Terengganu) Balik Pulau (Pulau Pinang)
Pengkhususan Masakan Itali
Kangar (Perlis) Setiawangsa (W. Persekutuan)
Pengkhususan Barista dan Beverages
Bukit Bendera (Pulau Pinang)
8. Kluster Mekanikal
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Sungai Besar, Kuala Langat (Selangor) Kubang Pasu, Padang Serai (Kedah) Padang Besar (Perlis) Kepala Batas (Pulau Pinang) Padang Rengas, Kampar, Bagan Datoh (Perak) Seremban, Kuala Pilah (N. Sembilan) Alor Gajah, Jasin (Melaka) Kulai, Mersing, Tanjung Piai, Pagoh, Sembrong (Johor) Jerantut, Paya Besar, Temerloh, Kuala Lipis, Muadzam Shah (Pahang) Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun (Terengganu) Tumpat (Kelantan) Labuan, Kimanis, Kinabatangan (Sabah) Betong, Hulu Rejang, Oya/Mukah, Santubong, Miri, Lubok Antu, Selangau, Limbang, Kapit (Sarawak)
Teknologi Kimpalan Arka FCAW & SMAW
Padang Rengas (Perak)
Pengkhususan Teknologi Kimpalan Arka GTAW
Santubong (Sarawak) Kepala Batas (Pulau Pinang)
Pengkhususan Ujian Tanpa Musnah (MP/PT)
Padang Rengas (Perak)
Teknologi Pembuatan Acuan (Tahap 2)
Petaling Jaya (Selangor)
Teknologi Pembuatan Acuan (Tahap 3)
Petaling Jaya (Selangor)
9. Kluster Pembuatan
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Perabot
Tumpat (Kelantan) Kota Marudu, Keningau (Sabah)
Teknologi Komposit
Mersing (Johor) Marang (Terengganu)
Pembuatan Komposit Aero Angkasa-SLDN
Simpang Ampat (Melaka)
10. Kluster Pengangkutan
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Automotif (Tahap 2)
Nibong Tebal, Kepala Batas (Caw. LKIM Kuala Muda), Permatang Pauh, Sg. Bakap, Balik Pulau (Pulau Pinang) Kota Bahru, Machang, Pasir Mas, Bachok, Jeli, Nilam Puri, Gua Musang (Kelantan) Gerik, Bagan Datoh, Bagan Serai, Sungai Siput, Kampar, Larut, Tapah, Bukit Gantang (Perak) Pontian, Mersing, Pagoh, Tebrau, Sekijang, Ayer Hitam, Parit Sulong (Johor) Simpang Ampat, Alor Gajah (Melaka) Baling, Langkawi, Padang Serai, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok (Kedah) Paya Besar, Bera, Rompin, Jerantut, Pekan, Temerloh, Bentong, Raub (Pahang) Marang, Setiu, Besut, Batu Rakit (Terengganu) Jempol (N.Sembilan) Seputeh (W. Persekutuan) Silam, Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Sipitang, Papar (Sabah) Arau (Perlis) Lawas, Saratok, Bintulu, Santubong, Lanang, Baram, Lubok Antu, Mambong, Sarikei, Igan, (Sarawak) Subang, Sabak Bernam, Kapar, Hulu Selangor, Hulu Langat (Selangor)
Teknologi Automotif (Tahap 3)
Tenggara (Johor) Jasin (Melaka) Kubang Pasu, Sungai Petani (Kedah) Puchong (Selangor) Jengka (Pahang) Tanjung Malim (Perak) Bukit Mertajam (Pulau Pinang) Rantau Panjang (Kelantan) Kota Belud (Sabah) Tampin (Negeri Sembilan)
Senggaraan Kenderaan Komersial
Kapar (Selangor)
Pengkhususan Sistem Penyaman Udara Kenderaan
Tanjung Malim (Perak)
Pengkhususan Baikpulih Kerangka Kenderaan
Jeli (Kelantan) Puchong (Selangor)
Pengkhususan Sistem Pengurusan Enjin
Raub (Pahang)
Pengkhususan Prestasi Enjin
Kubang Pasu (Kedah)
Pengkhususan Sistem Transmisi Continental
Kubang Pasu (Kedah)
Pengkususan Sistem Transmisi Automatic
Alor Gajah (Melaka)
Pengkhususan Semburan Bahan Api Elektronik Motosikal
Sibuti (Sarawak)
Pengkhususan Diesel Common Rail
Lanang (Sarawak)
Pengkhususan Diesel Common Rail Dan NGV
Kubang Pasu (Kedah)
Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
Pontian (Johor) Kubang Pasu (Kedah) Jeli, Tumpat (Kelantan) Jempol, Tampin (Negeri Sembilan) Kuala Lipis, Temerloh, Jengka, Paya Besar (Pahang) Pasir Salak, Taiping, Tanjung Malim, Bagan Datuk (Perak) Arau (Perlis) Bukit Mertajam (Pulau Pinang) Bintulu, Santubong (Sarawak) Kuala Langat, Tanjung Karang, Puchong (Selangor) Besut, Marang (Terengganu) Jasin (Melaka)
Pengkhususan Custom Painting
Bintulu (Sarawak)
Pengkhususan Merekabentuk Kit Badan Kereta
Tanjung Karang (Selangor)
Teknologi Motosikal
Bakri, Kota Tinggi, Parit Sulong, Segamat, Sembrong, Sri Gading (Johor) Jerlun, Kulim, Padang Serai, Pendang, Sik, Sg.Petani (Kedah) Gua Musang, Kuala Krai, Nilam Puri, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan) Jelebu, Kuala Pilah, Telok Kemang (N.Sembilan) Cameron Highland, Indera Mahkota, Kuala Krau, Maran, Muadzam Shah (Pahang) Bagan Serai, Beruas, Lumut, Tambun, Tanjung Malim, Lenggong, Teluk Intan (Perak) Arau (Perlis) Bukit Mertajam, Sungai Bakap (Pulau Pinang) Kota Kinabalu, Papar, Persiangan (Sabah) Batang Sadong, Kanowit, Kapit, Sibuti, Tanjung Manis, Kota Samarahan (Sarawak) Subang, Tanjung Karang (Selangor) Batu Rakit, Hulu Terengganu, Ketengah (Terengganu) Batu (W. Persekutuan)
Pengkhususan Motosikal Kreatif
Tanjung Karang (Selangor)
Pengkhususan Sistem Elektrik Motosika
Muadzam Shah (Pahang)
Teknologi Motosikal Kuasa Tinggi
Batu (W. Persekutuan) Pendang (Kedah) Kota Samarahan (Sarawak)
Teknologi Enjin Marin
Tanjung Piai (Johor) Merbok (Kedah)
Pemanduan Kenderaan Perdagangan
Jitra (Kedah)
Servis Tayar Kenderaan
Seputeh (W. Persekutuan)
Pengkhususan Penjajaran Tayar & Roda
Seputeh (W. Persekutuan)
Pengkhususan Auto Elektrikal
Marang (Terengganu)
11. Kluster Senibina
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Teknologi Bangunan
Arau (Perlis) Baling, Pokok Sena (Kedah) Beruas, Grik, Lumut, Taiping, Tambun (Perak) Seremban (N. Sembilan) Kota Tinggi, Tanjong Piai (Johor) Dungun, Setiu (Terengganu) Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Kinabatangan, Ranau, Tenom (Sabah) Saratok (Sarawak)
Landskap dan Taman
Tumpat (Kelantan)
Penyelenggaraan Bangunan
Kimanis (Sabah)
12. Kluster Creative Media
Nama Kursus
Lokasi Kursus
Rekabentuk Multimedia dan Produksi
Bagan (Pulau Pinang)
Rekabentuk Grafik dan Pengiklanan
Pasir Gudang, Komuniti Giatmara Ledang (Johor) Kuantan (Pahang) Bagan, Tanjong (Pulau Pinang) Kota Kinabalu, Libaran (Sabah) Stampin (Sarawak) Kota Raja (Selangor) Wangsa Maju (W. Persekutuan)
Teknologi Animasi 3D
Prima Pasir Gudang (Johor) Kota Raja (Selangor)
Teknologi Percetakan
Bangi (Selangor)
Dekstop Publishing
Bangi (Selangor)
Pengkhususan Pengeditan Imej Digital
Wangsa Maju (W. Persekutuan)
Pengkhususan Produksi Animasi 3D
Prima Pasir Gudang (Johor)
Teknologi Fotografi
Prima Pasir Gudang (Johor) Bukit Gelugor (Pulau Pinang) Kuala Selngor (Selangor) Stampin (Sarawak) Kuala Lumpur (W. Persekutuan)
Videografi dan Kesan Visual
Kota Raja (Selangor)
Artis Visual Animasi 3D-SLDN
Kota Raja (Selangor)
Pengkhususan Pengiklanan Digital
Kota Raja (Selangor) Prima Pasir Gudang (Johor) Ipoh Barat (Perak) Bagan (Pulau Pinang)
Pengkhususan Produksi Penyiaran
Prima Pasir Gudang (Johor) Segambut (W. Persekutuan)
Garis Masa Permohonan
Permohonan GIATMARA sesi JULAI 2026 kini dibuka bermula 1 April 2026 SEHINGGA 8 MEI 2026.
Berikut adalah panduan garis masa permohonan GIATMARA Sesi JULAI 2026:
Permohonan Dibuka 01 April 2026
Permohonan Ditutup : 08 Mei 2026
Penawaran : 04 Mei 2026 – 22 Mei 2026
Terima Tawaran : 25 Mei 2026 – 07 Jun 2026
Rayuan : 08 Jun 2026 – 30 Jun 2026
Pendaftaran : 01 Julai 2026 (Rabu)
Kedah
Kelantan
Terengganu
Johor
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Perak
Pahang
Pulau Pinang
Perlis
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Cara Mohon GIATMARA 2026
Pendaftaran atau permohonan GIATMARA 2026 boleh dilakukan melalui 2 kaedah berikut:
i) Pendaftaran Online
Untuk membuat permohonan GIATMARA 2026, anda boleh terus isi borang online menerusi Laman Web Rasmi TVET.
ii) Pendaftaran Manual
Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian, Borang Permohonan Sepenuh Masa
Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.
Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.
Borang Permohonan Mengikut Latihan Kemahiran GIATMARA
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2026, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di alamat berikut:
WISMA GIAT MARA
No 39, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur. Malaysia Tel: 03-2691 2690 Fax: 03-2691 2820 Emel: webmaster@giatmara.edu.my
Anda juga boleh rujuk lokasi Pusat Latihan GIATMARA dalam senarai di bawah ini:
Permohonan GIATMARA 2026 dibuka kepada belia yang berminat mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional dalam pelbagai bidang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Laman Web Rasmi TVET.
2. Siapakah yang layak memohon GIATMARA?
Permohonan GIATMARA terbuka kepada belia yang memenuhi syarat asas seperti berstatus Bumiputera, sihat tubuh badan, boleh membaca, menulis dan mempunyai minat dalam bidang kemahiran yang dipohon.
3. Apakah tujuan penubuhan GIATMARA?
GIATMARA ditubuhkan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di kawasan luar bandar dan bandar. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan ekonomi negara.
4. Siapakah yang menguruskan GIATMARA?
GIATMARA beroperasi sebagai GIATMARA Sendirian Berhad dan ditadbir di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
5. Adakah yuran pengajian dikenakan di GIATMARA?
Tidak. Keseluruhan kos operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui peruntukan MARA. Ini membolehkan pelatih mengikuti latihan kemahiran secara percuma tanpa beban kewangan.
6. Apakah kursus yang ditawarkan di GIATMARA?
Kini, GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 kluster utama, antaranya Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Dandanan Rambut & Kosmetologi serta Hospitaliti.
7. Apakah kelebihan belajar di GIATMARA?
GIATMARA menawarkan latihan kemahiran yang holistik dengan fokus kepada keperluan industri. Pelatih berpeluang mengikuti latihan praktikal, mendapat pendedahan industri serta peluang penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.
8. Bagaimanakah cara memohon GIATMARA 2026?
Permohonan GIATMARA 2026 boleh dibuat melalui dua kaedah:
i) Pendaftaran Online Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui Laman Web Rasmi TVET.
ii) Pendaftaran Manual Jika menghadapi masalah permohonan online, pemohon boleh memuat turun borang permohonan sepenuh masa dan menghantarnya terus ke GIATMARA yang dipohon, atau hadir ke GIATMARA berhampiran untuk pendaftaran secara manual.