Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Local
25 May 2026 • 2:38 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026 kini dibuka bagi individu yang berminat untuk berkhidmat sementara di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini memberi peluang kepada graduan dan pencari kerja untuk menimba pengalaman dalam bidang pendidikan sambil membantu mengisi kekosongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Calon yang berminat boleh membuat permohonan mengikut syarat dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak KPM.

Apa itu Guru Ganti?

Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

TUGAS GURU GANTI

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Menurut sumber, mereka yang mahu memohon menjadi guru ganti boleh pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat permohonan secara walk-in.

Perkara ini dikongsikan oleh @zaimnajwa melalui X (Twitter).

Selain itu, anda juga boleh mengisi kekosongan yang diiklankan.

Guru ganti ini juga biasanya akan gantikan cikgu cikgu yang bercuti bersalin, sakit, tunaikan haji, bercuti.

Kekosongan bergantung pada tempat/ sekolah yang ada.

Pengenalan MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2026 (Bagi Sektor Awam)

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Iklan Permohonan Guru Ganti MyStep 2026

Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Gaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:

  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Setaraf SPM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Diploma / STPM / STAM : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Ijazah : RM2,300 (termasuk KWSP dan PERKESO)
Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Setiap daerah / sekolah yang ingin mencari guru ganti di bawah program MyStep perlulah mengiklankan sendiri iklan jawatan kosong merek di portal kerja akosong MyFutureJobs di

>https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs/description?jobId=e76bf40e53a44d469327c6678cb84641&what=GURU%20GANTI

Pejabat Penndididikan Daerah juga mungkin membuat hantaran di akaun media sosial mereka untuk pencarian guru ganti di bawah program MyStep ini.

Berikut merupakan contoh iklan guru ganti MyStep:

Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Cara mohon jawatan kosong guru ganti

Proses mendapatkan guru ganti MyStep dilakukan sepenuhnya melalui portal cari kerja MyFutureJobs.

Oleh itu, segala proses permohonan mestilah dilakukan melalui portal ini.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun, anda perlulah mendaftarkan akaun dengan portal MyFutureJobs sebelum boleh memohon jawatan kosong yang diiklankan.

Nota:

  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026
Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026
Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026
Image from: Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2026

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep bagi negeri-negeri dan daerah berdekatan anda, anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi MyStep di pautan berikut :

Soalan Lazim Guru Ganti MyStep

Apa itu Guru Ganti MySTEP?

Guru Ganti MySTEP ialah lantikan sementara di bawah program MySTEP bagi membantu sekolah yang mengalami kekurangan guru dalam tempoh tertentu.

Siapa yang layak memohon Guru Ganti MySTEP?

Kebiasaannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik berkaitan dan berminat bekerja dalam bidang pendidikan.

Adakah pengalaman Guru Ganti MySTEP dikira sebagai pengalaman kerja?

Ya. Pengalaman MySTEP tetap dianggap sebagai pengalaman kerja kerana anda bekerja dalam suasana profesional dan mengikut sistem organisasi. Ia juga boleh jadi kelebihan semasa memohon kerja lain nanti.

Berapa tempoh lantikan Guru Ganti MySTEP?

Tempoh lantikan bergantung kepada keperluan sekolah dan pihak KPM. Ada yang beberapa bulan dan boleh disambung jika masih diperlukan.

Boleh mohon MySTEP kalau pernah kerja swasta?

Boleh. Bekas pekerja sektor swasta masih layak memohon selagi tidak mempunyai pekerjaan tetap ketika membuat permohonan. Program ini terbuka untuk mereka yang sedang mencari kerja.

Adakah peserta MySTEP dapat KWSP dan PERKESO?

Ya. Elaun MySTEP turut melibatkan caruman KWSP dan PERKESO sebagai perlindungan sosial untuk peserta. Potongan akan dibuat mengikut kadar semasa.

Di mana boleh semak kekosongan Guru Ganti MySTEP?

Kekosongan boleh disemak melalui portal MyFutureJobs, laman rasmi KPM atau hebahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Adakah Guru Ganti MySTEP boleh diserap menjadi guru tetap?

Tidak secara automatik. Namun pengalaman ini boleh membantu menambah pengalaman dalam bidang pendidikan.

Baca juga:

View Original Article