
Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor (HPIPT) 2026 Dibuka Esok
Bagi pelajar negeri Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke menara gading, Kerajaan Negeri menawarkan bantuan pendidikan menerusi program Hadiah Pengajian Insititut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2026.
Bantuan ini boleh dimohon anak negeri bermula 15 Mac (esok) sehingga 14 April depan.
Inisiatif ini merupakan bantuan khas secara "one-off" yang disediakan khusus bagi membantu anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Apa Itu HPIPT?
HPIPT merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM 5,000 ke bawah.
Bantuan ini khusus kepada pelajar tahun pertama yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS ) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Berikut syarat-syarat permohonan;
Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji
Program Bantuan Sihat Selangor 2026: Inisiatif Kesihatan Rakyat
Syarat Kelayakan
Pemohon, ibu, dan bapa mestilah warganegara Malaysia
Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor
Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor
Pemohon bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun, dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun
Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT untuk memulakan sesi pengajian.
Permohonan adalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.
Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pendapatan isi rumah ibu, bapa, atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.
Permohonan yang tidak lengkap akan dikategorikan sebagai permohonan gagal.
Setiap permohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
Kategori Tak Layak Memohon
Pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.
Pemohon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).
Pemohon yang menerima elaun bulanan daripada mana-mana institusi kerajaan seperti Pendidikan Guru (IPG), Kolej Kejururawatan, dan lain-lain.
Bagi pelajar yang berminat, permohonan akan dibuka bermula 15 Mac 2026 (esok) sehingga 14 April 2026.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sahaja dan tiada sebarang penyerahan dokumen secara fizikal di kaunter akan diterima.
Permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
Untuk maklumat lanjut, layari https://danapendidikan.selangor.gov.my/ dan https://danapendidikan.selangor.gov.my/syarat-syarat-hpipt





