Permohonan kuota pekerja asing dibuka case by case untuk tiga sektor

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2025 • 4:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuka kemudahan permohonan kuota penggajian pekerja asing secara case by case bagi tiga sektor utama iaitu perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

Sebanyak 10 subsektor terpilih dilibatkan dalam kemudahan ini termasuk kawalan keselamatan, barangan logam dan lusuh, serta pembersihan dan pencucian bangunan.

Subsektor lain yang layak ialah borong runcit, dobi, restoran, gudang darat, kargo, pembinaan di bawah projek kerajaan, dan pelaburan baharu di bawah MIDA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kemudahan ini bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor kritikal.

Beliau menegaskan pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan MADANI untuk menyeimbangkan kepentingan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Majikan yang memerlukan pekerja asing boleh mengemukakan permohonan kuota secara terus kepada Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri.

Setiap permohonan akan dinilai oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan agensi kawal selia berkaitan dengan dokumen sokongan lengkap.

Tempoh permohonan bagi sektor dan subsektor yang dibenarkan adalah sehingga 31 Disember ini.

Penilaian setiap permohonan akan dibuat berdasarkan merit serta keperluan sebenar sektor masing-masing.

Kemudahan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan dasar penggajian pekerja asing yang fleksibel dan berpaksikan keperluan industri.

Pendekatan case by case memberi ruang kepada kerajaan untuk meneliti semula dasar pengurusan penggajian pekerja asing pada tahun hadapan.

Kerajaan mensasarkan siling jumlah pekerja asing hanya 10 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2030. – Bernama