

Sejak 1 Oktober lalu, Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) telah menerima sebanyak 243 permohonan daripada kelas B1 dan B2 kepada kelas B.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyatakan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan jumlah pendaftaran ini akan terus bertambah.

Menurut Datuk Hasbi, pemegang lesen B1 dan B2 yang berminat boleh mengemukakan permohonan di institut memandu yang disenaraikan oleh JPJ dan senarai tersebut akan dikemas kini secara berkala.
Jelasnya lagi, setakat ini, sebanyak 3.33 juta daripada 9.32 juta pemegang lesen B1 dan B2 layak untuk menyertai program ini melalui 139 institut memandu di seluruh negara.
Kelonggaran Syarat Program Khas Peralihan Lesen
Syarat untuk menyertai Program Khas Peralihan Lesen ini telah dilonggarkan berikutan keluhan orang ramai mengenai kelayakan yang terlalu ketat. Salah satu syarat asal yang mewajibkan pemegang LMM kelas B1 atau B2 aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut telah dilonggarkan.


