Permohonan PBM sertai BN masih dipertimbangkan

Politics
25 Oct 2022 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih dalam pertimbangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan masih belum diputuskan.

"Permohonan PBM untuk menyertai BN belum dimuktamadkan lagi, kita tak tolak namun kita masih pertimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat berkaitan persediaan menghadapi PRU15 dan banjir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan dan kajian yang menyatakan BN sukar untuk memenangi PRU15 ini, Ismail Sabri berkata setiap pihak yang bertanding pasti mempunyai keyakinan untuk menang.

"Dalam pilihan raya ini, mana-mana pihak sama ada Gabungan Tanah Air (GTA), Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana pihak sekalipun pasti ada keyakinan untuk menang.

"Semua pihak yakin dan ini bukan satu masalah, yang penting agenda dan usaha yang kita laksanakan untuk rakyat melakukan pilihan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved