
SANDAKAN: Permohonan Program Pencapaian Terbaik Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2023 untuk pelajar STPM yang mencapai keputusan cemerlang ini dibuka.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata, permohonan itu dibuka sehingga 25 Ogos ini sebagai menghargai pencapaian terbaik dan sokongan kepada pelajar STPM 2023 dalam melanjutkan pelajaran masing-masing.
Ujarnya, beliau bangga ramai anak-anak berjaya mencapai pencapaian terbaik dalam STPM 2023.
“Selain menghargai pencapaian mereka, ia juga sebagai galakan kepada pelajar lain untuk berusaha dan meneruskan pembelajaran mereka dengan sebaiknya,” katanya.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Antara syarat permohonan adalah pelajar n perlu sekurang-kurangnya mendapat keputusan CGPA 3.5 dan ke atas dalam STPM 2023.
Selain itu, pelajar haruslah menetap dalam kawasan Parlimen Sandakan dengan alamat yang tertera dalam kad pengenalan mereka juga dalam kawasan Parlimen Sandakan.
“Menerusi program ini, kita berharap dapat membantu sedikit sebanyak dalam persiapan anak-anak kita untuk melanjutkan pengajian mereka,” tambahnya lagi.
Maklumat lanjut layari, https://tinyurl.com/STPMTopAchievers.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

