Permohonan Permit Umrah Ramadan 1444H Kini Dibuka

8 Mar 2023 • 1:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Permohonan Permit Umrah Ramadan 1444H Kini Dibuka

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi telefon pintar “Nusuk” atau “Tawakkalna” dengan syarat pemohon bebas jangkitan COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit COVID-19”, katanya.

Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan.

Sumber: Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved