Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Asing Ke Lesen Malaysia Dihentikan Mulai 19 Mei Ini – JPJ

LocalPolitics
16 May 2025 • 5:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menghentikan semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) berkuat kuasa 19 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Datuk Aedy Fadly Ramli, mulai tarikh tersebut, semua warga asing yang ingin mendapatkan LMM perlu mengikuti prosedur permohonan seperti yang ditetapkan kepada warganegara Malaysia.

image is not available

Foto: thesun.my

Namun begitu, pengecualian diberikan kepada beberapa kategori pemohon tertentu seperti pegawai kor diplomatik, peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), serta warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu asing sebelum memiliki LMM.

“Bagi warganegara asing yang berada di Malaysia untuk tempoh sementara kurang dari 12 bulan, mereka masih dibenarkan memandu menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang dikeluarkan oleh negara asal, sekiranya negara tersebut merupakan penandatangan kepada Konvensyen Lalulintas Jalan Raya Geneva 1949 atau Konvensyen Vienna 1968,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Foto: Media Sosial

Tambah beliau, bagi warganegara ASEAN pula, mereka hanya perlu menggunakan lesen memandu asal negara masing-masing selaras dengan ketetapan Perjanjian Pengiktirafan Lesen Memandu Domestik yang dimeterai oleh negara-negara ASEAN pada tahun 1985.

Menurut Aedy Fadly, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Madani dalam memperkukuh aspek keselamatan jalan raya, mempertingkat tadbir urus, seta menambah baik mutu perkhidmatan awam.

Sumber: Facebook (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved