Permohonan PIDN JPA dibuka 3-7 Julai

15 Jun 2023 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

JPA dalam satu kenyatan pada Khamis memaklumkan bahawa, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut.

Menurut kenyataan JPA itu, ketiga-tiga bidang tersebut turut ditawarkan melalui Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.

Tempoh permohonan bagi Program LPSM dilanjutkan sehingga 23 Jun 2023. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.

Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi jaminan bahawa JPA akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menurut Anwar keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA, merupakan dasar kerajaan terdahulu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved