Permohonan pinjaman pelajaran GrEP 2024 berakhir 24 Mei

7 May 2024 • 11:01 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Jangan buang masa lagi, ayuh mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada graduan cemerlang mulai 6 Mei hingga 24 Mei ini.

Pemohon (graduan cemerlang) perlulah terdiri dalam kalangan lepasan Ijazah Pertama (Sarjana) bagi mengikuti pengajian peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana (dalam negara); Ijazah Kedoktoran (PhD) (dalam negara) di institusi pendidikan tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (luar negara) di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan boleh membuat permohonan Program Graduan Cemerlang atau Graduan Excellence Programme (GrEP) 2024 secara dalam talian menerusi pautan disediakan ini.

1) Pautan Permohonan:

2) Pautan Panduan Pengguna:

3) Garis Panduan Permohonan:

4) Soalan Lazim:

Semoga berjaya!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved