Permohonan Rayuan Matrikulasi Sesi 2026/2027 bagi pelajar lepasan SPM 2025 yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dilakukan bermula 27 April 2026 sehingga 6 Jun 2026 melalui pautan berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my
Permohonan rayuan dilakukan sepenuhnya secara online. Pelajar tidak perlu menghantar surat rayuan fizikal melainkan diminta oleh pihak kementerian dalam kes-kes tertentu.
Rujuk cara dan syarat permohonan rayuan matrikulasi sesi 2026/2027 di bawah.
Ringkasan Rayuan Matrikulasi 2026/2027
- Tarikh rayuan matrik dibuka: 27 April 2026 sehingga 6 Jun 2026.
- Rayuan Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui https://matrikulasi.moe.gov.my
- Permohonan rayuan dibuka untuk calon yang gagal mendapat tawaran dan calon yang ingin menukar kolej.
Rayuan Matrikulasi 2026/2027
Rayuan Matrikulasi 2026/2027 membolehkan calon lepasan SPM 2025 yang tidak berjaya dalam permohonan awal mengemukakan permohonan semula untuk kemasukan ke program pra-universiti ini.
Tempoh rayuan akan dibuka sejurus selepas pengumuman keputusan rasmi keluar.

Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada beberapa faktor kritikal:
- Meritokrasi: Skor merit anda (kombinasi 90% akademik dan 10% kokurikulum) mestilah kompetitif berbanding pemohon rayuan yang lain.
- Syarat Minimum: Pastikan anda memenuhi syarat minimum gred mata pelajaran bagi jurusan yang dipohon (Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, atau Profesional Perakaunan).
- Kekosongan Tempat: Rayuan hanya berjaya jika terdapat calon yang mendapat tawaran awal tetapi tidak mendaftar atau menolak tawaran tersebut.
Tarikh Permohonan Rayuan Matrikulasi 2026/2027 Dibuka
Tarikh permohonan Rayuan Matrikulasi 2026/2027 telah dibuka bermula 27 April 2026 (Isnin) sehingga 6 Jun 2026.
Calon boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui portal rasmi Matrikulasi KPM di pautan: matrikulasi.moe.gov.my selepas log masuk menggunakan MyKad.

Syarat Rayuan Matrik
Berikut adalah syarat-syarat dan maklumat penting berkaitan rayuan:
- Sebelum membuat rayuan, anda mesti memastikan syarat asas kemasukan dipenuhi:
- Warganegara: Mestilah warganegara Malaysia.
- Umur: Tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
- Kelayakan Akademik: Calon SPM tahun semasa yang memenuhi syarat minimum gred bagi jurusan yang dipohon (Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, atau Perakaunan Profesional).
Jenis Rayuan
1. Rayuan Kemasukan (Bagi yang Gagal): Untuk pelajar yang tidak mendapat tawaran pada pengambilan pertama. Kelulusan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan merit.
2. Rayuan Pertukaran Kolej: Hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan sebab yang kukuh seperti:
- Mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan berkala di kawasan tertentu.
- Ibu bapa atau penjaga bertukar tempat kerja antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak (dan sebaliknya).
- Adik-beradik ditempatkan di kolej lain.

Cara Mohon Rayuan Matrikulasi 2026/2027
Permohonan rayuan Matrikulasi bagi sesi 2026/2027 boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula 27 April sehingga 6 Jun 2026.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan:
- Layari Portal Rasmi: Pergi ke laman web rasmi Matrikulasi KPM.
- Log Masuk Sistem: Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda untuk menyemak keputusan sedia ada.
- Klik Butang Rayuan: Bagi calon yang tidak berjaya (Gagal), pautan atau butang “Rayuan” akan dipaparkan pada skrin keputusan anda.
- Isi Maklumat Diperlukan: Pastikan semua maklumat dikemas kini dan berikan alasan rayuan yang kukuh jika diminta dalam sistem.
- Hantar Permohonan: Simpan atau cetak slip pengesahan rayuan sebagai bukti permohonan telah diterima.
Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2026/2027
Semakan Keputusan Calon Jaya bagi Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan 2026/2027 telah dibuka mulai 27 April 2026, jam 2.00 petang, khusus untuk lepasan SPM 2025. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut: http://matrikulasi.moe.gov.my/

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi ambilan sesi 2026/2027 akan dikemaskini kelak.
Kalendar Akademik Program Matrikulasi 2025/2026
Berikut dikongsikan juga Kalendar Akademik Program Matrikulasi bagi sesi 2025/2026. Untuk sesi 2026/2027, info akan dikemaskini selepas ditarikh permohonan dibuka.



Maklumat Lanjut
Jika menghadapi masalah teknikal, anda boleh menghubungi kaunter pertanyaan di Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya (sehingga 8 Mei 2026) atau e-mel ke mohon.matrik@moe.gov.my.
Atau, hubungi 03-8884 4083/4042/4098 dan sertai Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM
Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:
- FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
- IG/TikTok – matrikulasikpm
Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.
SENARAI MATRIKULASI
| Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
| Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
| Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
| Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
Soalan Lazim Rayuan Matrikulasi KPM 2026/2027
Bilakah tempoh rayuan Matrikulasi 2026/2027 dibuka?Rayuan dibuka mulai 27 April hingga 6 Jun 2026. Calon dinasihatkan memohon awal melalui portal Matrikulasi KPM.
Tiada. Permohonan rayuan adalah percuma.
Bolehkah saya membuat rayuan jika umur melebihi 20 tahun?Tidak. Syarat am menetapkan umur calon tidak boleh melebihi 20 tahun pada tahun permohonan.
Bolehkah saya merayu melalui surat atau e-mel?Tidak. Semua rayuan mesti dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi sahaja.
Bolehkah saya menukar jurusan (contoh: Sains ke Perakaunan)?Ya, tetapi anda perlu mendaftar masuk ke kolej yang ditawarkan terlebih dahulu. Permohonan pertukaran boleh dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kolej tersebut.
Adakah saya boleh merayu pertukaran tempat/kolej?Boleh, namun ia hanya dipertimbangkan untuk kes-kes tertentu dengan sebab yang kukuh seperti masalah kesihatan kronik, pertukaran tempat kerja ibu bapa antara Wilayah, atau adik-beradik di kolej lain.
Bilakah keputusan rayuan akan diumumkan?Keputusan rayuan AKAN DIKEMASKINI apabila pengumuman rasmi KPM sudah dibuat. Anda boleh menyemaknya melalui portal Matrikulasi KPM.
