Permohonan rujuk 8 persoalan undang-undang ditolak? Anwar fail rayuan ke Mahkamah Rayuan hari ini

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah sama ada perdana menteri mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang dalam kes sivil yang melibatkan dakwaan peribadi sebelum pelantikan ke jawatan tersebut.

image is not available

Anwar fail rayuan ke Mahkamah Rayuan hari ini

Rayuan itu akan difailkan mengikut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Peguam Anwar, Datuk Seri K. Raja Segaran berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan berpendapat isu tersebut mempunyai kepentingan perlembagaan yang besar.

“Kami dengan penuh hormat tidak bersetuju dengan keputusan ini. Lapan soalan yang dikemukakan bukanlah bersifat abstrak atau akademik, ia membabitkan isu perlembagaan yang serius dan belum diselesaikan termasuk perlindungan terhadap fungsi eksekutif, risiko litigasi yang bermotifkan politik, serta skop Perkara 5(1), 8(1), 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah hari ini.

image is not available

Beliau menambah, perkara itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan muktamad.

“Perkara ini membabitkan implikasi perlembagaan yang meluas dan memerlukan penjelasan yang muktamad oleh mahkamah tertinggi negara,” katanya.

image is not available

Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa pihaknya akan memohon penangguhan prosiding bagi menjaga integriti proses rayuan.

“Pihak kami akan memohon penangguhan prosiding perbicaraan bagi memelihara integriti proses rayuan dan memastikan bahawa pihak defendan (Anwar Ibrahim) tidak terdedah kepada prosiding yang mungkin akhirnya didapati tidak dibenarkan oleh Perlembagaan,” katanya.