Permohonan semakan Philip Among ditolak

13 Jul 2024 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan seorang ahli politik, untuk menyemak perintah supaya dia membela diri atas pertuduhan mencabul seorang wanita, yang juga peserta Unduk Ngadau Kaamatan (UNK), tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin menolak permohonan Phillip Among selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Philip telah memohon untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahnya membela diri atas pertuduhan tersebut.

Pada Oktober 2023, Mahkamah Majistret telah memerintahkan Philip membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Phillip didakwa melakukan kesalahan itu terhadap wanita itu pada jam 11 malam 17 April 2021 di ruang tamu Jesselton Capsule Inn di Asia City.

Pada 10 Jun 2021, Phillip meminta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Selepas keputusan di Mahkamah Tinggi, kes Philip disebut di Mahkamah Majistret untuk menetapkan tarikh pembelaannya.

Majistret Lovely Natasha Charles kemudian menetapkan 28-29 Ogos tahun ini untuk pembelaan Philip.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Philip diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Philip, yang merupakan ketua teknikal pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021, juga diperintah membela diri atas empat lagi pertuduhan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Negeri, tetapi kes-kes itu juga sedang menunggu untuk semakan terhadap keputusan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.