Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) membuka tawaran sebagai sukarelawan pengawas STPM iaitu peperiksaan semester 3, ulangan semester 1, ulangan semester 2 STPM 2026 dan semester 1 STPM 2027 kepada individu yang berminat dan permohonan boleh dibuat menerusi https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh rujuk info lebih terperinci di bawah.
Iklan Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini membuka peluang kepada individu warganegara Malaysia untuk menyertai program sukarelawan pengawas peperiksaan semester 3, ulangan semester 1, ulangan semester 2 STPM 2026 dan semester 1 STPM 2027.
Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar, pesara, dan pekerja bukan kerajaan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti produktif, malah ia memberi pengalaman berharga serta elaun harian sepanjang tempoh bertugas.
Rujuk poster hebahan di bawah:

Tempoh Permohonan
Permohonan untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan STPM ini dibuka mulai 25 September hingga 17 Oktober 2026.
Tarikh dan Masa Bertugas
Tarikh dan masa bertugas bagi sukarelawan pengawas peperiksaan mengikut jadual rasmi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia seperti di bawah:
- Semester 3: 17, 18, 19, 24, 25 November 2026
- Semester 1/Ulangan semester 1: 30 November, 1, 2, 3 dan 7 Disember 2026
- Ulangan semester 2: 10, 14, 15, 16 dan 17 Disember 2026
Sepanjang tempoh ini, sukarelawan akan menjalankan tugas mengawal dan memantau peperiksaan STPM di lokasi yang telah ditetapkan.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran yang akan dibayar adalah seperti berikut:
- Kadar Bayaran Ikhtisas: RM100 untuk setiap peperiksaan
- Elaun Perjalanan Kenderaan: adalah sebanyak RM0.85 bagi setiap kilometer.
Syarat Kelayakan
Tawaran ini terbuka kepada:
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah Swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
- Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/Pesara Swasta
Syarat Lantikan
Selain itu, bagi memastikan calon pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik, MPM menetapkan beberapa syarat kelayakan asas yang perlu dipenuhi. Secara umumnya, calon mestilah:
- Warganegara Malaysia;
- Tidak menduduki mana-mana peperiksaan semasa ditugaskan sebagai pengawas;
- Berumur tidak kurang daripada 19 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
- Mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
- Sihat fizikal dan mental serta tiada penyakit kronik;
- Dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan boleh mematuhi arahan/peraturan;
- Bagi pesara, keutamaan kepada yang mendapat pengesahan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan/swasta;
- Keutamaan kepada yang boleh memandu dan mempunyai lesen sah serta mempunyai kenderaan sendiri;
- Pelantikan petugas peperiksaan adalah sebagai pengawas peperiksaan sahaja;
- Had bilangan pengawas sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan Jabatan Pendidikan Negeri; dan
- Sekiranya pemohon tidak menerima surat perlantikan 3 hari sebelum peperiksaan/ujian bermula, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pengawas peperiksaan di mana-mana institusi sebelum ini amat digalakkan untuk memohon, namun pengalaman bukanlah syarat wajib.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila layari pautan berikut https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
Isi borang dengan lengkap. Sila baca arahan dengan teliti;
- Sila lengkapkan borang ini dengan huruf besar.
- Sila lampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen/sijil berkaitan.
- Sila tandakan (/) di petak berkenaan.
- Kelayakan: Lepasan IPT/AKP/Bersara
Soalan Lazim
Apakah tugas utama pengawas peperiksaan STPM?Tugas utama termasuk mengawasi perjalanan peperiksaan di dalam dewan, mengedarkan bahan peperiksaan, memungut kertas jawapan, mengawal pergerakan calon semasa peperiksaan berlangsung, dan membantu ketua pengawas dalam pelaksanaan tugas.
Bila tarikh bertugas pengawas peperiksaan STPM bagi peperiksaan semester 3, ulangan semester 1, ulangan semester 2 STPM 2026 dan semester 1 STPM 2027Pengawas peperiksaan STPM akan bertugas mengikut jadual rasmi Peperiksaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia:
– Semester 3: 17, 18, 19, 24, 25 November 2026
– Semester 1/Ulangan semester 1: 30 November, 1, 2, 3 dan 7 Disember 2026
-cUlangan semester 2: 10, 14, 15, 16 dan 17 Disember 2026
– Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
– Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
– Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/ Pesara Swasta
– Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
– Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel atau telefon dalam tempoh tertentu. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Adakah elaun dibayar kepada sukarelawan pengawas?Ya, elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dan bayaran akan dibuat selepas tamat tempoh peperiksaan. Ia turut termasuk elaun perjalanan dan elaun harian mengikut kadar semasa.
Di manakah lokasi bertugas pengawas peperiksaan STPM?Lokasi bertugas akan di lokasi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak lembaga peperiksaan di negeri masing-masing, termasuk pusat-pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.
Ya, asalkan berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi kriteria lain seperti sihat tubuh badan, tiada rekod jenayah, serta mampu menjalankan tugas dengan baik, mereka layak memohon.
Apakah dokumen penting yang perlu disediakan semasa permohonan?Pemohon perlu menyediakan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, bukti kelayakan akademik dan dokumen sokongan lain yang diperlukan semasa proses permohonan online.
Bagaimana cara membuat permohonan menjadi pengawas peperiksaan STPM?Untuk memohon, sila layari pautan berikut : https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN) di negeri pilihan yang dikemukakan permohonan.
Maklumat SPP, JPN boleh diperolehi di: https://direktori.moe.gov.my
Baca juga: Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM/Setaraf)






