Kementerian Pendidikan (KPM) membuka permohonan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian di Tingkatan 6 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh dipohon menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Mengenai SBP
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sekolah elit di bawah KPM yang menawarkan persekitaran pembelajaran terbaik dengan kemudahan lengkap asrama, akademik, dan kokurikulum.
Ia diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.
Selain itu, sekolah ini memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.
Setakat tahun 2026, terdapat sebanyak 72 buah SBP di seluruh Malaysia dan kebanyakannya menawarkan peringkat menengah iaitu dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 6 hingga 26 April 2026 dan semakan keputusan boleh dibuat pada 16 Mei 2026.
Sekolah Yang Ditawarkan
Untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bagi SBP, terdapat 2 sekolah ditawarkan iaitu:
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
Syarat Am
Syarat am untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 01 Januari 2025.
- Lulus peperiksaan Siil Pelajaran Malaysic (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.
Syarat Khusus
Selain syarat am, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah AI-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan AI-Quran dan AI-Sunnah/Usul Al-Din/AI Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al- Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2023 / 2024 / 2025.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my bermula 6 hingga 26 April 2026.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Permohonan Rayuan
Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan bertulis di e-melkan kepada:
- Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah : pengetua.kisas@moe.gov.my
- Pengetua SM Agama Persekutuan Labu : pengetua.smapi@moe.gov.my
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)?SBP ialah sekolah elit di bawah KPM yang menawarkan persekitaran pembelajaran terbaik dengan kemudahan lengkap asrama, akademik, dan kokurikulum.
Apakah sekolah yang ditawarkan bagi permohonan kemasukan ke SBP ini?– Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
– Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
Tarikh permohonan dibuka mulai 6 hingga 26 April 2026.
Bilakah semakan keputusan permohonan boleh dibuat?Semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada 16 Mei 2026.
Apakah syarat am yang ditetapkan bagi kemasukan ke sekolah ini?– Warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 01 Januari 2025.
– Lulus peperiksaan Siil Pelajaran Malaysic (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my
Jika saya gagal dalam permohonan tersebut, adakah saya boleh membuat rayuan?Boleh. Sila kemukakan rayuan bertulis yang di e-melkan kepada:
– Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah : pengetua.kisas@moe.gov.my
– Pengetua SM Agama Persekutuan Labu : pengetua.smapi@moe.gov.my
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 ke SBP, sila layari laman web https://sst6.moe.gov.my.
Baca juga: Ranking SBP Terbaik 2026 Berdasarkan Keputusan SPM 2025

