Permuda perkukuh hubungan antara kerajaan, pelajar IPT

23 Jun 2023 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Hubungan antara kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) tempatan akan diperkukuh lagi menerusi program Perintis Muda (Permuda).

Program anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) itu dilancarkan pada Rabu menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBS dan 14 IPT di Sabah.

Ia dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Arifin Mohd Arif.